Bukan sembarangan tempat boleh memancing, kaki joran tegar perlu jaga etika bantu selamatkan ekosistem


  • Massa
  • Selasa, 29 Okt 2024

Para pemancing tegar perlu menanam sikap tanggungjawab ketika melakukan aktiviti memancing. — Gambar hiasan/The Star

MENERAPKAN etika ketika memancing amat penting dalam mengekalkan kelestarian hidupan marin dan memelihara alam sekitar Malaysia.

Amalan penangkapan ikan yang bertanggungjawab secara tidak langsung dapat melindungi ekosistem akuatik dan biodiversiti di laut, tasik dan sungai.

Apabila aktiviti memancing semakin popular, para pemancing perlu mengikut garis panduan atau peraturan untuk meminimumkan kesan alam sekitar mereka.

BACA LAGI: Cekal redah jalan bahaya naik basikal, kisah 37 tahun dedikasi posmen satukan komuniti di Raub

BACA LAGI: 'Jangan takut gagal', remaja 16 tahun gigih tulis, sampaikan 101 ucapan berani cabar potensi diri

6097995477850110918

Pemancing perlu tahu jenis ikan yang boleh dibawa pulang dan dilepaskan. — Gambar hiasan/The Star

Satu prinsip utamanya adalah dengan mengetahui masa untuk melepaskan ikan.

Meskipun memelihara ikan untuk dimakan antara perkara digemari para pemancing, namun ia penting untuk tahu mengenal pasti tangkapan yang diperlukan sahaja.

Pendekatan 'menangkap dan melepaskan' itu juga membantu mengekalkan populasi ikan terutamanya apabila spesis tertentu yang terancam atau ikan terlalu kecil untuk dimakan.

Mengendalikan ikan dengan berhati-hati semasa pelepasan juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada pemancing serta haiwan tersebut.

6097995477850110917

Pemancing digalakkan menggunakan mata kail sesuai dan selamat. — Gambar hiasan/The Star

Antara langkah perlu dilakukan adalah dengan membasahi tangan dan menggunakan mata kail tanpa duri atau ruit supaya dapat mengurangkan bahaya kepada ikan.

Para pemancing juga perlu memastikan ikan dapat hidup semula selepas ia dialihkan ke tempat lain.

Penangkapan ikan secara berlebihan tanpa kita sedar sebenarnya menjadi satu isu serius di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Mengambil hanya diperlukan dan melepaskan ikan tidak diingini dapat membantu mengekalkan populasi yang sihat dan mengelakkan spesis terancam pupus.

Ia secara tidak langsung mampu mengganggu ekosistem serta menjejaskan keseluruhan rantai makanan.

Menggunakan peralatan memancing yang betul juga penting dalam mengekalkan etika memancing seperti menggunakan saiz cangkuk yang betul dan sesuai.

6097995477850110919

Membuang sisa sampah dengan betul juga antara etika yang perlu diterapkan ketika memancing. — Gambar hiasan/The Star

Selain itu, tali pancing, mata kail dan sisa plastik yang dibuang menimbulkan ancaman teruk kepada hidupan marin.

Hal ini kerana, burung, ikan dan haiwan lain boleh terperangkap dalam sisa sampah atau disalah anggap sebagai makanan sekali gua membawa kepada kecederaan atau kematian.

Justeru, pemancing tegar digalakkan membawa bekas sampah dan membuang sisa dengan betul untuk memelihara keindahan dan kebersihan kawasan saluran air di Malaysia.

Bukan sekadar itu, pemancing juga disarankan untuk tidak melakukan aktiviti tersebut di kawasan larangan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Terdahulu, sebuah video tular di laman media sosial memaparkan tindakan seorang pengunjung memancing ikan di kolam yang terdapat di dalam sebuah pusat beli-belah.

Aksinya itu juga dilihat tidak beretika kerana berdegil menangkap ikan walaupun ditegah dan dihalang berulang kali oleh pegawai keselamatan.

Di samping itu, terdapat juga beberapa kawasan larangan untuk melakukan aktiviti memancing seperti Taman Laut.

Malaysia juga mempunyai Taman Laut yang diiktiraf sebagai kawasan perlindungan daripada sebarang aktiviti memancing atau menangkap hidupan laut.

Berdasarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman Laut berfungsi untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik.

Kegiatan menangkap ikan adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

REEF-CARE

Taman Laut antara kawasan larangan untuk melakukan aktiviti memancing. — Jabatan Perikanan Malaysia

Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya kerana ianya adalah kawasan yang dilindungi.

Taman Laut juga merupakan kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pulau di Malaysia yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air laut terendah seperti Pulau Kapas, Terengganu; Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil, Sabah.

Dengan mendidik komuniti pemancing tentang amalan memancing yang beretika, ia boleh menyumbang kepada usaha lebih besar untuk melindungi persekitaran akuatik Malaysia.

Perikanan mampan bukan sahaja berkaitan tentang cara tangkapan, tetapi ia juga untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati pengalaman yang sama tanpa mengurangkan sumber semasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram