Beri komitmen teguh pacu elemen ESG, 64 syarikat terima Anugerah Impak Positif


  • Bizz
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Nik Nazmi (depan, tengah) pada anugerah ESG PIA 2023 di Petaling Jaya. Turut hadir Seng Fatt (depan, dua kiri) dan Esther (kanan).

SEBANYAK 64 syarikat menerima anugerah atas amalan kelestarian boleh dicontohi, mengiktiraf usaha monumental mereka dalam landskap korporat yang berkembang ketika ini.

Syarikat tersebut diiktiraf atas komitmen berterusan terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan mengamalkan kemapanan dan kebajikan masyarakat di samping prestasi kewangan.

Kelainan daripada dua syarikat dengan inisiatif ESG yang mengagumkan membolehkan mereka berjaya merangkul anugerah Most Outstanding ESG Initiatives of the Year.

BACA LAGI: Terima berita kejayaan di Mekah, DJ Lin sebak dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia buat kali ke-4

BACA LAGI: Konsert dibatalkan 'last minute', Kugiran Masdo pernah jadi busker 'bidan terjun' ubati hati duka lara

Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad (centre) attending the ESG PIA 2023 awards held at Sheraton Petaling Jaya, August 21, 2024. With him are (from left) Star Media Group (SMG) non-independent non-executive director Datuk Lim Cheng Ling, SMG chief business officer Lydia Wang, SMG chief executive officer Chan Seng Fatt, Investment, Trade and Industry Ministry (Miti) secretary-general Datuk Hairil Yahri Yaacob, SMG chairman Tan Sri Wong Foon Meng, OCBC Bank (Malaysia) Bhd chief executive officer Tan Chor Sen and SMG chief content officer Datin Paduka Esther Ng. — GLENN GUAN/The Star

Nik Nazmi (tengah) menghadiri anugerah ESG PIA 2023 yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, pada Rabu. — The Star/GLENN GUAN

Pemenang bagi anugerah cemerlang itu ialah Malaysia Steel Works (KL) Bhd bagi kategori syarikat besar dan Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kelas pertengahan).

Penyerahan anugerah itu berlangsung sempena Majlis Anugerah Impak Positif ESG (ESG PIA) yang penganjurannya memasuki tahun kedua di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Dengan objektif untuk menjadi sebagai penanda aras bagi syarikat di Malaysia, tema penganjuran anugerah itu ialah 'Embrace a Sustainable Future'.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Star Media Group (SMG), Tan Sri Wong Foon Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt dan Ketua Pegawai Kumpulan SMG, Datin Paduka Esther Ng.

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan dengan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta lain-lain.

Ia diharap dapat memberi inspirasi kepada pemain industri dan pelabur untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih baik buat negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, anugerah itu merupakan sambutan kecemerlangan dan bukti usaha kolektif pemimpin industri yang memperjuangkan agenda kelestarian Malaysia.

“Ia melambangkan komitmen perniagaan tempatan untuk memacu perubahan positif merentas industri dengan merangkul masa depan, iaitu ESG.

“Kemapanan bukan lagi satu pilihan dan ia adalah kemestian buat kita bersama,” katanya.

Menyanjung usaha SMG dalam pendekatan proaktifnya menyumbang kepada pelan kemapanan Malaysia, Nik Nazmi berkata, anugerah itu menjadi inspirasi kepada lebih banyak perniagaan untuk mengamalkan amalan kelestarian.

Beliau berkata, perniagaan memainkan peranan penting di tengah-tengah cabaran alam sekitar yang belum berlaku misalnya perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan krisis global lain.

“Tanggungjawab sektor swasta dalam memerangi perubahan iklim adalah tugas berat, tetapi saya percaya Malaysia boleh mengharunginya.

“Usaha kolektif antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat adalah kunci kepada pembangunan mapan,” kata Nik Nazmi.

Dalam pada itu, beliau memuji pemenang anugerah dan yakin syarikat-syarikat itu mampu menjadi contoh terhadap perkara yang boleh dicapai apabila mereka mengamalkan prinsip ESG.

"Dedikasi berterusan mereka bukan sahaja menyumbang kepada planet yang lebih sihat dan komuniti yang lebih kuat tetapi juga meletakkan mereka sebagai pemimpin dalam landskap yang semakin berkembang ini," katanya.

Nik Nazmi menekankan, komitmen kerajaan untuk mencapai matlamat sifar bersih Malaysia menjelang 2050 adalah melalui inisiatif seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional serta Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen.

"Semoga kita tidak mengabaikan kemapanan dan menjadikan ia perkara biasa. Kita perlu sentiasa mengambil serius kerana dunia yang kita tinggalkan kepada anak-anak semakin terancam.

Sementara itu, Seng Fatt berkata, anugerah itu meraikan pencapaian luar biasa sektor perniagaan yang mengaplikasikan prinsip ESG.

“Syarikat-syarikat ini berada di barisan hadapan, membentuk masa depan yang menjanjikan keterangkuman dan kemapanan,” katanya.

Dilancarkan pada 2022, anugerah itu diwujudkan dengan misi untuk memacu ke arah kemapanan dengan tindakan kolektif.

Seng Fatt berkata, anugerah itu adalah langkah mengiktiraf amalan ESG yang cemerlang dalam semua peringkat perniagaan dari PKS, syarikat kelas pertengahan dan syarikat gergasi.

“Penyertaan yang diterima dalam program anugerah tahun ini adalah bukti kepentingan amalan ESG yang semakin meningkat di Malaysia,” katanya.

Berbanding tahun lepas, terdapat peningkatan ketara sebanyak 38 peratus dalam penyerahan anugerah kepada 287.

ESG Positive Impact Awards 2023 dianjurkan oleh SMG, dengan OCBC Bank (M) Bhd sebagai penaja utama dan Ernst & Young bertindak sebagai penasihat dan juruaudit.

Anugerah itu disokong oleh pelbagai rakan kerja antaranya Pusat Kecemerlangan ABAC, Majlis Perniagaan untuk Pembangunan Mampan Malaysia, Yayasan Asia Pertumbuhan Hijau, dan Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia. —The Star/ HO JIA WEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram