Anugerah Impak Positif iktiraf pemimpin industri laksana agenda ESG negara


  • Bizz
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Seng Fatt ketika berucap ucapan pembukaan di majlis anugerah ESG PIA yang berlangsung baru-baru ini.

PENGINTEGRASIAN amalan mapan terus menjadi keutamaan penting perniagaan di Malaysia, sekali gus bertindak sebagai pemangkin kepada kejayaan jangka panjang.

Menyedari kepentingan tersebut, Star Media Group (SMG) meraikan sebanyak 64 pemenang menerusi Anugerah Impak Positif bagi Agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG PIA) 2023 atas komitmen mereka terhadap pembinaan Malaysia lebih lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Chan Seng Fatt berkata, ESG PIA memberi pengiktirafan terhadap usaha perniagaan tempatan menuju masa depan inklusif dan menggesa semua perniagaan untuk mengintegrasikan kemapanan dalam operasi asas mereka.

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

Beliau menekankan bahawa anugerah tersebut turut membantu meningkatkan kesedaran mengenai isu kelestarian.

Katanya, perniagaan di dalam negara juga kini semakin sedar mengenai kepentingan amalan mapan sejajar dengan tanggungjawab sosial sambil tetap memberikan tumpuan terhadap keuntungan.

Perubahan itu menurutnya jelas dapat dilihat menerusi peningkatan penyertaan dalam program anugerah itu merekodkan peningkatan sebanyak 38 peratus kepada 287 penyertaan.

Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad (front row, centre) at the ESG PIA 2023 awards held at Sheraton Petaling Jaya, August 21, 2024. Joining him are (front row, from left) Star Media Group (SMG) chief business officer Lydia Wang, SMG chief executive officer Chan Seng Fatt, Investment, Trade and Industry Ministry (Miti) secretary-general Datuk Hairil Yahri Yaacob, Most Outstanding ESG Initiative (Small and Medium Enterprises And Mid-Tier) winner Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd chief executive officer Rashid Karim, Most Outstanding ESG Initiative (Large Companies) winner Malaysia Steel Works (KL) Bhd executive vice chairman Datuk Sri Tai Hean Leng, SMG chairman Tan Sri Wong Foon Meng, OCBC Bank (Malaysia) Bhd chief executive officer Tan Chor Sen and SMG chief content officer Datin Paduka Esther Ng posing for photos with other award winners. — GLENN GUAN/The Star

Sebanyak 64 pemenang dirakan menerusi ESG PIA 2023 atas komitmen mereka terhadap pembinaan Malaysia lebih lestari.

"Penyertaan kukuh dalam program anugerah tahun ini adalah bukti kepada kepentingan yang semakin meningkat terhadap amalan ESG di Malaysia," katanya semasa ucapan pembukaan di majlis anugerah baru-baru ini.

Dengan tema 'Merangkul Masa Depan Mapan', ESG PIA mengiktiraf amalan ESG yang cemerlang dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat-syarikat kategori pertengahan dan berskala besar.

Anugerah tersebut yang kini memasuki tahun kedua mempunyai 15 kategori yang dibahagikan kepada empat kumpulan anugerah, iaitu alam sekitar, sosial, tadbir urus, dan lain-lain.

Dua syarikat yang menonjol dengan inisiatif ESG luar biasa membawa pulang Anugerah Inisiatif ESG Terunggul Tahunan.

Pemenang tersebut ialah Malaysia Steel Works (KL) Bhd (Masteel) dalam kategori syarikat berskala besar dan Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) bagi kategori PKS hingga pertengahan.

Pengerusi Naib Pengerusi merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Masteel, Datuk Seri Tai Hean Leng turut berkongsikan kegembiraannya atas pengiktirafan diterima syarikatnya ketika ESG PIA.

Selain merangkul Anugerah Inisiatif ESG Terunggul Tahunan, syarikat pengeluar keluli tersebut turut membawa pulang anugerah emas dalam kategori Pengurusan Rantai Bekalan.

Berbicara mengenai strategi kumpulannya, Hean Leng berkata, Masteel telah menerapkan amalan ESG untuk semua ke dalam operasi harian mereka meliputi proses pelepasan Scope1, 2 dan 3.

The ESG PIA 2023 awards held at Sheraton Petaling Jaya, August 21, 2024. — FAIHAN GHANI/The Star

Selain merangkul Anugerah Inisiatif ESG Terunggul Tahunan, Masteel turut membawa pulang anugerah emas dalam kategori Pengurusan Rantai Bekalan.

"Khusus untuk anugerah ini, kami memberi tumpuan kepada Scope 3 - yang mana kami membawa rantaian bekalan, membantu dan membawa pembekal menyokong amalan kelestarian juga.

"Kami juga membantu mereka menyiapkan laporan kelestarian mereka," katanya.

Secara umum, Hean Leng mengatakan bahawa Malaysia kini berada dalam fasa sangat menarik dalam peralihannya kepada amalan mapan.

"Perjalanan ini (kelestarian) bermula di Malaysia mungkin tujuh hingga lapan tahun yang lalu, tetapi ia bergerak semakin pantas.

"Malah, institusi kewangan juga kini bersedia memberikan pembiayaan dan sokongan sekiranya sesebuah syarikat dilihat mempunyai amalan operasi yang mapan.

"Di pihak pengguna, kesedaran jelas meningkat terutamanya melalui acara seperti ini (ESG PIA). Saya percaya langkah ini baik untuk semua orang dan kami gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IMS, Rashid Karim juga berkongsi rasa teruja selepas pencapaian kumpulannya memenangi Anugerah Inisiatif ESG Terunggul Tahunan dan anugerah emas kategori Kecekapan Tenaga.

The ESG PIA 2023 awards held at Sheraton Petaling Jaya, August 21, 2024. — FAIHAN GHANI/The Star

Nik Nazmi (tengah) menghadiri anugerah ESG PIA 2023 yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, pada Rabu. — The Star/GLENN GUAN

Rashid berkata, IMS sebagai penyedia kemudahan produksi filem dan televisyen mempunyai dasar yang jelas mengenai kecekapan tenaga, sosial dan tadbir urus, yang semuanya adalah merupakan tulang belakang kepada amalan ESG.

"Saya fikir yang unik mengenai kami adalah bahawa ESG hanya satu daripada banyak perkara yang kami lakukan. Ia benar-benar sebahagian daripada DNA kami," katanya.

Beliau kemudian berkongsi bagaimana IMS terlibat dalam amalan mapan seperti pemasangan sistem solar, kitar semula air untuk set dan infrastruktur kekal bagi kegunaan pelanggan.

Rashid turut melahirkan penghargaan kepada pasukan IMS dan menyatakan bahawa mereka turut menjadi sebahagian daripada pendukung yang menginspirasikan syarikat untuk melaksanakan amalan lestari dan memberi sokongan kukuh dalam mencapai matlamat tersebut.

Hadir pada acara tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam ucapannya, Nik Nazmi menyifatkan ESG PIA bukan hanya daripada sekadar meraikan kecemerlangan, tetapi turut menjadi bukti mengenai usaha bersama pemimpin industri memperjuangkan agenda kelestarian Malaysia.

Beliau juga tampil memberikan pujian terhadap barisan pemenang dalam anugerah berkenaan dan menyifatkan mereka sebagai bukti terhadap pencapaian boleh diperolehi perniagaan apabila prinsip ESG diamalkan dengan sebaik mungkin.

The ESG PIA 2023 awards held at Sheraton Petaling Jaya, August 21, 2024. — FAIHAN GHANI/The Star

Nik Nazmi ketika berucap pada malam anugerah ESG PIA 2023 yang diadakan baru-baru ini.

"Kecekalan mereka tidak hanya menyumbang kepada bumi lebih baik dan komuniti yang lebih kukuh. Malah ia juga meletakkan mereka sebagai peneraju terhadap perubahan landskap yang perniagaan yang berlaku ketika ini," katanya.

Disokong oleh kementerian NRES, ESG PIA 2023 dianjurkan oleh SMG dengan kerjasama OCBC Bank (M) Bhd sebagai penaja utama, Ernst & Young sebagai penasihat dan juruaudit, serta 988 dan Suria FM sebagai rakan media rasmi.

Anugerah ini turut disokong antara lain oleh rakan kerja termasuk Pusat Keunggulan ABAC, Majlis Perniagaan untuk Pembangunan Mapan Malaysia, Yayasan Green Growth Asia, dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacob; Pengerusi SMG, Tan Sri Wong Foon Meng; Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif SMG, Datuk Kelvin Lim; Ketua Pegawai Kandungan SMG, Datin Paduka Esther Ng; Ketua Pegawai Perniagaan SMG, Lydia Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (M) Bhd, Tan Chor Sen. — The Star/SYAZWANI HASNIZAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram