MAJLIS Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merancang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif pertanian komuniti pada tahun depan bagi memperkukuh aspek sekuriti makanan di bandar raya tersebut.
Ketua whip MBPG, Datuk Mohd Amin Ahmad berkata, pada waktu ini, sekitar 30 projek pertanian komuniti di bandar itu sedang diusahakan khususnya melibatkan jawatankuasa kejiranan yang terdiri daripada penduduk.