Kes buli pegawai kadet UPNM, suspek didakwa di mahkamah pada Jumaat


  • 112
  • Khamis, 07 Nov 2024

Suspek yang terlibat dalam kes dera dan buli ke atas seorang pegawai kadet UPNM akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes dera dan buli ke atas seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan terhadap suspek akan dijalankan di Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi.

Menurutnya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis, kes pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan melibatkan kes buli pelajar UPNM.

BACA LAGI: Jumpa bomoh di Kedah lepas syak 'roommate' mencuri, ramai nasihat jangan semberono bertindak, ambil iktibar kes Zulfarhan

BACA LAGI: Kisah di sebaliknya lebih penting, juruteknologi radiologi Balik Pulau cipta karya seni unik tanam rasa empati

2993315

Kejadian dibuli dan ditekap seterika yang berlaku pada arwah Zulfarhan itu nampaknya berulang kembali.

Difahamkan suspek adalah antara 16 individu yang dipercayai pelaku berumur 22 tahun dirakam keterangan oleh polis dalam siasatan kes itu.

Pelajar itu adalah antara 16 individu yang dirakam keterangan oleh polis dalam siasatan kes terbabit.

Terdahulu media melaporkan pada 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa diminta oleh pegawai senior yang juga suspek bagi menggosok baju miliknya pada pukul 11.45 malam sebelum ditekap menggunakan seterika berkenaan pada dada.

Sebelum ini, perbuatan itu dipercayai terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Kejadian itu juga bukan kali pertama berlaku kerana rakyat pernah digemparkan dengan kes kematian tragis melibatkan pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap pada 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram