PERKONGSIAN luahan seorang pengguna media sosial yang tidak berpuas hati apabila mengesyaki dan menuduh rakan serumahnya mencuri jamnya tular baru-baru ini.
Dalam hantaran yang dikongsikan di aplikasi X pada 18 April lalu, perkara itu diketahuinya selepas dia berjumpa dengan seorang bomoh di Jitra, Kedah untuk memastikan identiti individu disyaki itu.
Lebih membangkitkan kemarahannya apabila mengetahui rakan serumahnya itu merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz dan menghafal 16 juzuk al-Quran.
BACA LAGI: Belajar tinggi-tinggi di luar negara bukan alasan 2 graduan tidak tabur bakti di tanah air sendiri
BACA LAGI: Kes Zulfarhan: Heret juga bomoh ke muka pengadilan
Menerusi hantaran sama, bomoh tersebut dikatakan memberi kepastian bahawa pencuri itu adalah rakan serumahnya.
"Bomoh tu kuat takkan menipu. Aku siap ugut nak santau dia pun tak mengaku. Kalau bukan kau, siapa nak curi jam aku?
"Kau je paling miskin dan acah solehah dalam rumah ni. Tebal muka siap boleh solat dalam bilik.
"B*d*h punya perempuan, hafal al-Quran, mengaji setiap Subuh tapi pencuri," tulisnya.
Mengulas lanjut tentang hantaran itu, seorang pengguna Facebook Sinar Ruqyah menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan tindakan yang sama.
Kes Zulfarhan (kanan) yang menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, masyarakat perlu mengambil iktibar daripada kes pembunuhan Zulfarhan yang dituduh mencuri komputer riba oleh seorang bomoh.
"Saya nasihatkan, elakkan pergi jumpa bomoh kalau ada barang hilang. Sebabnya, mudarat besar akan berlaku. Bomoh tuduh budak tahfiz mencuri dan orang yang kehilangan barang pun percaya dan berniat ingin menyihir budak tahfiz.
"Ingatlah kembali kes adik Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menyayat hati. Dia dituduh mencuri laptop (komputer riba) oleh bomoh sehingga dibuli sampai mati.
"Kita sepatutnya ambil iktibar kes tersebut agar dapat elakkan kejadian serupa daripada berulang," pesannya.
Pada 16 Mei 2018, semasa perbicaraan kes, seorang bomoh, Abdullah Md Seh dilaporkan memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat 'petunjuk' bahawa Zulfarhan mencuri komputer riba.
Abdullah dilaporkan berkata, 'petunjuk' itu diperoleh melalui gerak hatinya dan melihat nama mangsa timbul di pandangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram