SEORANG pelajar berumur 16 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah blok sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
Dilaporkan pelajar lelaki itu maut di tempat kejadian dalam pukul 6 pagi.
Bagaimanapun, situasi kejadian setakat ini tidak dapat dipastikan dan dimaklumkan wartawan juga dilarang memasuki kawasan sekolah berkenaan.
BACA LAGI: Wanita mengaku bersalah biar 2 anak tak berjaga dalam pangsapuri di Ampang
BACA LAGI: Bayi usia setahun antara 2 kanak-kanak diselamatkan polis lepas dikurung ibu di Ampang
Kaunselor akan memberikan kaunseling kepada semua pelajar untuk membantu berdepan trauma dengan kejadian mengejut itu.
Kenderaan polis yang membawa mayat pelajar itu dilihat keluar dari kawasan sekolah sekitar pukul 10 pagi Khamis.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Pihak sekolah dalam satu kenyataan, memaklumkan kepada semua ibu bapa, kakitangan dan pelajar bahawa pihaknya segera menghubungi ambulans berikutan kejadian itu.
Setelah itu, kakitangan perubatan tiba tidak lama kemudian dan mengesahkan pelajar itu sudah pun meninggal dunia.
Difahamkan, polis memulakan siasatan terhadap kes itu dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, kaunselor juga akan memberikan kaunseling kepada semua pelajar untuk membantu berdepan trauma dengan kejadian mengejut itu.
“Pihak sekolah kesal dengan kejadian itu dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Pihak kami akan membantu keluarga itu dalam apa jua cara yang boleh sehingga siasatan selesai," katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, polis menerima laporan awal daripada pihak sekolah berhubung perkara itu.
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kematian. — The Star/SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram