Kerajaan pertimbang cadangan Ocean Infinity jejak lokasi baharu pesawat MH370


  • Primer
  • Selasa, 05 Nov 2024

Kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan cadangan dan tawaran syarikat Ocean Infinity berhubung lokasi pencarian baharu pesawat MH370. — Gambar hiasan

KERAJAAN akan mempertimbangkan cadangan syarikat Ocean Infinity berhubung lokasi pencarian baharu pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, lokasi pencarian baharu yang dicadangkan Ocean Infinity itu berdasarkan maklumat dan analisis data terkini oleh pakar serta penyelidik yang dirujuk syarikat tersebut.

Beliau berkata, cadangan itu kukuh dan boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370.

BACA LAGI: Sembilan tahun menghilang, kerajaan takkan berhenti cari pesawat MH370

BACA LAGI: Sedekad hilang, isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat

Transport Minister Anthony Loke Siew Fook speak to the media after distribute the  1,000 hari raya packet filled with cookies, dodol, drinks, kurma and money packet to the passenger were boarding at KTM KL Sentral in Kuala Lumpur, yesterday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Anthony Loke menjelaskan tentang pertimbangan kerajaan Malaysia terhadap tawaran syarikat Ocean Infinity untuk menjejaki pesawat MH370.

Katanya, pihak kementerian juga sedang meneliti tawaran syarikat penerokaan marin tersebut yang dihantar pada Jun lalu.

"Tawaran yang sedang dirunding itu berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’.

"Jika ada bukti yang boleh dipercayai, kerajaan akan mempertimbangkan operasi pencarian selanjutnya. Ini adalah pendirian konsisten kerajaan," katanya pada Selasa.

Loke berkata, lokasi carian baharu itu dianggarkan merangkumi kira-kira 15,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Kerajaan juga tidak perlu membuat apa-apa bayaran kepada syarikat jika tidak dapat mencari bukti penerbangan.

Sebelum ini, Ocean Infinity telah menjalankan pencarian di Lautan Hindi dari 2017 hingga akhir 2018.

Pada Mac lalu, firma yang berpangkalan di Texas itu mendakwa sudah menemui bukti saintifik baharu berhubung lokasi terakhir MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Pesawat Boeing 777-200ER itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital di China.

Pesawat tersebut juga membawa seramai 227 penumpang dari 14 negara dan 12 anak kapal warga Malaysia. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM, ALLISON LAI DAN BENJAMIN LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram