PENYELIDIK Britain berjaya mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi sedekad lalu.
Berdasarkan laporan The Telegraph, seorang penyelidik dari Wales dilaporkan telah menerima isyarat berdurasi enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat berkenaan.
Isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin, Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.
BACA LAGI: Cadangan pencarian semula MH370 dibentang ke Kabinet Ogos depan — Anthony Loke
BACA LAGI: Menyingkap lapan tahun kehilangan MH370
Hidrofon itu pada asalnya direka untuk mengesan larangan ujian nuklear, namun telah digunakan untuk memeriksa isyarat sekitar masa pesawat itu dipercayai terhempas.
Berdasarkan kajian penyelidik, pesawat Boeing 777 seperti MH370 akan menjana tenaga kinetik setara dengan gempa bumi kecil jika ia terhempas pada kelajuan 200 meter sesaat.
Kesan sedemikian akan cukup besar untuk dirakam oleh hidrofon beribu-ribu batu jauhnya.
Untuk rekod, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan selepas melencong dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Walaupun pencarian meluas meliputi lebih 119,140 kilometer per segi telah pun dijalankan, hanya 18 serpihan pesawat telah ditemui terdampar di daratan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram