AKIBAT terlalu teruja, seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas memenangi sejumlah wang tunai sebanyak RM19.1 juta (£3.5 juta) dalam kejadian di Singapura pada 22 Jun lalu.
Lelaki tersebut dilaporkan terkena serangan jantung hanya beberapa saat selepas diumumkan sebagai pemenang wang judi di Kasino Marina Bay Sands di negara itu.
Kejadian yang sempat dirakam orang ramai dan tular di media sosial itu juga memaparkan suasana kecoh dan tegang apabila melihat lelaki itu terbaring di atas lantai.
BACA LAGI: Polis Klang tahan lelaki warga asing buat konten lapah kucing
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Sebelum kejadian, individu berkenaan dipercayai melompat kegirangan kerana terlalu gembira sebelum rebah sambil memegang dadanya.
Dia bagaimanapun sempat diselamatkan selepas dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pihak Kasino Marina Bay Sands pada masa sama mengesahkan bahawa tiada individu yang meninggal dunia dalam kejadian itu.
"Tiada tetamu meninggal dunia di kasino Marina Bay Sands selepas memenangi wang itu.
"Seorang tetamu ditemui pengsan di lokasi itu, tetapi masih hidup dan dalam sesi pemulihan," katanya.
Untuk rekod, Kasino Marina Bay Sands dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat judi Amerika Syarikat, Las Vegas Sands yang beroperasi di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan Singapura. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram