PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menolak budaya samseng dan buli dalam sektor pendidikan negara.
Ia susulan kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Awam (UPNM), Sungai Besi, Selangor yang didakwa menjadi mangsa dera oleh seorang penuntut senior baru-baru ini.
Jelasnya, budaya gengsterisme tidak sesekali diizinkan berlaku dalam pendidikan, bagaimanapun beliau menyifatkan perkara itu hanya berlaku dalam kelompok kecil mahasiswa.
BACA LAGI: ATM sahkan pelajar UPNM dibuli senior, badan melecur ditekap seterika
"Ini saya nak anak-anak memahami budaya samseng hanya dalam kelompok kecil dan bukan keseluruhan mahasiswa. Tetapi budaya itu tidak diizinkan.
"Ini budaya samseng, buli, gengsterisme dalam sistem pendidkan kita di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, Maahad Tahfiz atau sekolah agama.
"Ini menyebut ada kegilaan kerana kita bicara soal ilmu dan ritual, serta akhlak dan nilai. Kita ada disiplin ketenteraan tetapi tidak tahu disiplin," katanya dalam Program Temu Anwar yang berlangsung di UPNM pada Jumaat.
"Ini saya nak anak-anak memahami (budaya samseng) hanya dalam kelompok kecil dan bukan keseluruhan mahasiswa. Tetapi budaya itu tidak mengizinkan.
"Ini budaya samseng, buli, gengsterisme dalam sistem pendidkan kita di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, Maahad Tahfiz atau sekolah agama.
"Ini menyebut ada kegilaan kerana kita bicara soal ilmu dan ritual, serta akhlak dan nilai. Kita ada disiplin ketenteraan tetapi tidak tahu disiplin," katanya.
Terdahulu, seorang penuntut UPNM jurusan kejuruteraan didakwa cedera selepas ditekap seterika oleh pelajar senior.
Namun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan pada Khamis menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram