Dari filem seram ke muzik metal, heroin The Conjuring kini vokalis band The Yagas


  • Hiburan
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Vera Farmiga terkenal sebagai pelakon filem seram The Conjuring.

SINONIM dengan filem epilog seram popular Hollywood The Conjuring, pelakon Vera Farmiga, 51, mencuba nasib sebagai seorang penyanyi metal menerusi kumpulan The Yagas.

Membintangi sebanyak tiga siri filem tersebut, identitinya dikatakan cukup bersesuaian dengan filem seram ekoran wajah dan penampilannya yang cukup tegas walaupun di luar set penggambaran.

Namun, siapa sangka pelakon kelahiran New Jersey, Amerika Syarikat (AS) itu juga memiliki bakat terpendam sebagai seorang penyanyi rock.

BACA LAGI: Filem Alice in Wonderland pernah diharamkan di AS angkara pengaruh dadah dan tekanan mental

BACA LAGI: Ramai tak tahu, vokalis My Chemical Romance yang cipta Spiderman versi perempuan, siri popular di Netflix

Berbekalkan imej dan lontaran vokal tinggi dimilikinya, Farmiga mengubah haluan karier seninya sebagai vokalis The Yagas di samping suaminya, Renn Hawkey yang juga merupakan pemain gitar kumpulan berkenaan.

6131795418770685619

Vera Farmiga merupakan tunjang utama dalam siri epilog seram, The Conjuring.

Melancarkan single muzik pertamanya berjudul The Crying Room pada Jumaat lalu, lagu tersebut berkisar tentang kebebasan dan tangisan kegembiraan seseorang yang berjiwa suci.

"Lagu ini dirakamkan sebelum dan selepas gerhana matahari. Ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap psikologi kita dan menjadi medan terbaik untuk meluahkan emosi pendengar," katanya.

Difahamkan, The Yagas seterusnya bakal melancarkan album sulungnya berjudul Midnight Minute namun tarikh rasminya masih dalam perbincangan.

Dalam pada itu, pencapaiannya dalam bidang lakonan cukup membanggakan apabila berjaya menggondol beberapa anugerah antarabangsa antaranya, Anugerah Akademi sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe dan Filem Akademi British (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Lakonan terakhirnya dalam siri The Conjuring: The Devil Made Me Do It (2021) berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak AS$65.6 juta (RM285 juta) di AS dengan jumlah keseluruhan AS$206.4 (RM902 juta) dari serata dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram