PELAKON dan model tersohor Indonesia, Nikita Mirzani, 38, merancang untuk meruntuhkan kediaman bekas teman lelaki anaknya, Vadel Badjideh jika didapati bersalah di mahkamah.
Mendakwa individu tersebut telah melakukan persetubuhan dan memaksa anaknya, Laura Meizani atau Lolly menggugurkan kandungannya, Nikita yakin keputusan hakim akan berpihak padanya.
Yakin 100 peratus bahawa Vadel akan dijatuhi hukuman mahkamah, Nikita merancang untuk mengupah lebih 20 buruh binaan untuk menghancurkan rumah bekas kekasih anaknya itu.
BACA LAGI: Diana Danielle bagi notis keluar rumah, 'ketawa besar' dengar janji Farid Kamil
BACA LAGI: Pelakon Que Haidar, Linda Jasmin sah cerai talak satu lepas 15 tahun perkahwinan
"Saya memang ada perancangan untuk merobohkan rumah dia, seramai 20 tukang rumah akan dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
"Inilah saat- saat yang ditunggu, persiapkan mental, banyakkan rehat dan ambil vitamin kerana ia akan mengambil masa yang lama dalam perbicaraan mahkamah," katanya.
Terdahulu, Nikita membuat laporan polis terhadap Vadel atas dakwaan melakukan persetubuhan dan menggugurkan kandungan anaknya.
Dia turut mendakwa Vadel telah menggunakan hasil wang pendapatan Lolly sebagai pempengaruh, selain turut menggunakan namanya untuk melancarkan proses pembinaan rumah dimiliki.
Dalam pada itu, Vadel turut berdepan tuduhan pengguguran anak dan disiasat di bawah Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram