SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila diterbangkan layang-layang pada sebuah festival yang berlangsung di Nanlioao, Taiwan pada Ogos 2020.
Difahamkan, insiden berlaku selepas kakinya tersangkut pada salah satu tali layang-layang tersebut dan gagal diselamatkan selepas angin secara tiba-tiba angin bertiup kencang ketika kejadian.
Meskipun sudah empat tahun berlalu, video tersebut kembali tular di laman sosial pada Jumaat dan meraih perkongsian ramai.
Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu diterbangkan setinggi 10 meter di udara sebelum berjaya diselamatkan orang ramai di lokasi kejadian.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami trauma akibat insiden tersebut.
Festival berkenaan kemudiannya dibatalkan serta merta susulan kejadian itu dan sehingga kini peristiwa terbabit masih menghantui penduduk di sekitar kawasan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram