
MELARANG penggunaan telefon pintar di sekolah boleh meningkatkan kesejahteraan sosial pelajar, menurut sati analisis terhadap lima kajian antarabangsa mengenai perkara itu.
"Kanak-kanak berasa lebih baik dan lebih menikmati pergi ke sekolah kerana semasa waktu rehat, mereka berinteraksi dan bermain antara satu sama lain dengan lebih banyak," kata Klaus Zierer, salah seorang pengarang analisis tersebut dan profesor pedagogi sekolah di Universiti Augsburg, Jerman.
Analisis yang diterbitkan dalam jurnal Education Sciences yang berpusat di Switzerland itu meneliti kajian dari Norway, Sweden, Sepanyol, England, dan Republik Czech.
BACA LAGI: Stairs of Death antara 5 trail 'bucket list' uji kekuatan fizikal dan mental hikers kental
Larangan penggunaan telefon pintar menjadikan sekolah sebagai ruang yang selamat dari buli siber. — Travelution
Klaus Zierer menekankan bahawa jika pelajar menggunakan telefon pintar dan media sosial di sekolah, mereka berisiko menghadapi buli siber.
"Oleh itu, larangan penggunaan telefon pintar menjadikan sekolah sebagai ruang yang selamat dari perkara itu," katanya.
Larangan telefon pintar juga mungkin memberi kesan positif kepada prestasi akademik walaupun sukar untuk diukur dalam kajian.
"Larangan telefon pintar sahaja tidak akan meningkatkan pembelajaran tetapi sekurang-kurangnya ia menghilangkan gangguan kepada tumpuan pelajar yang disebabkan oleh keinginan untuk melihat peranti semasa kelas," jelas Klaus Zierer.
Beliau percaya telefon pintar tidak seharusnya ada di sekolah rendah namun seiring pertambahan usia kanak-kanak, tanggungjawab peribadi dan literasi media mereka perlu lebih tinggi.
"Kuncinya adalah mengawasi larangan supaya ia bukan hanya peraturan yang ketat tetapi akhirnya tidak perlu diawasi," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram