[VIDEO] Sempat balas WhatsApp tunang, bakal pengantin lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Pasar Bisik


  • 112
  • Selasa, 29 Okt 2024

Jasad mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada pihak polis. — Bomba

JASAD Muhammad Aiman Safwan Mahadzir, 25 yang hilang selepas dipercayai lemas terjatuh ke sungai di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Kedah beberapa hari lalu berjaya ditemui pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, jasad mangsa dijumpai terdampar di kawasan pantai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi akhir dilaporkan hilang pukul 11.50 pagi.

Menurutnya, jasad mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada pihak polis.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider kena 'sekolah' buat live, tak hormati keluarga mangsa kemalangan maut

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk berang lembu berkeliaran di Sabak Bernam punca kemalangan maut, minta 'tuan' tampil bertanggungjawab

“Operasi hari ini turut membabitkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah yang melakukan pencarian di permukaan air dengan jarak 1.5 hingga dua batu nautika sejak jam 10.03 minit pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Rosnah Razali, 48, dilaporkan berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Nur Farhana Abd Syukur, 23, pada Januari tahun depan.

Ibu mangsa berkata, mereka sudah pun melakukan persiapan akhir untuk melangsungkan majlis itu nanti.

Sementara itu, Nur Farhana dilaporkan berkata, mereka sepatutnya pergi ke Klinik Kesihatan Taman Intan untuk menjalani saringan HIV sebagai prosedur sebelum perkahwinan pada hari kejadian.

“Kali terakhir dia balas kiriman Whatsapp saya pukul 11.30 pagi dan Aiman beritahu jadi nak buat saringan HIV dan saya bersiap untuk ke sana.

“Kira-kira pukul 1 tengah hari, ibu Aiman menghubungi saya dan beritahu yang dia jatuh laut menyebabkan saya terkejut dan bergegas ke sini,” katanya kepada Harian Metro.

Majoriti sebelum ini melaporkan, terdapat individu lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda pada Ahad lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram