[VIDEO] 'Bukan macam ini caranya nak berlatih mati,' penduduk Baling 'basuh' lelaki tidur dalam keranda van jenazah


  • Tular
  • Selasa, 29 Okt 2024

Difahamkan motif tindakan lelaki berkenaan adalah untuk berlatih merasai kematian sebenar.

TULAR video seorang individu lelaki membuat percubaan berani mati apabila bertindak tidur di dalam keranda sebuah van jenazah berhampiran Masjid Al-islah Kampung Tiak, Baling, Kedah pada Isnin lalu.

Video itu dipercayai di muat naik oleh pemilik akaun tiktok yang dikenali sebagai Cikgu Fitri Ifqram yang menunjukkan lelaki itu sedang tidur dalam keranda dan dilihat enggan beredar pada awalnya setelah ditegur oleh orang ramai.

Difahamkan individu lelaki itu berasal dari Kampung Raja Kupang, Pulai namun identiti namanya belum dapat dikenal pasti.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak berdosa jika kelahiran bayi tanpa disusuli akikah, ibu bapa kurang mampu boleh minta bantuan famili terdekat

BACA LAGI: [VIDEO] Perkongsian Nora Danish-Neelofa penting cari reda ALLAH dalam perkahwinan, pakar motivasi nasihat penting pilih pasangan bertanggungjawab bukan semata cinta

Menerusi video berdurasi 2.44 saat itu, lelaki berkenaan mendakwa dia datang ke masjid berkenaan kerana masjid di sekitar kawasan rumahnya dikunci dan tidak dapat masuk.

Kata lelaki itu, dia pernah memasuki beberapa buah masjid sebelum datang ke Masjid Al-islah Kampung Tiak.

Ketika terjahan oleh orang ramai yang dipercayai jemaah masjid di situ ada bertanyakan motif tindakan lelaki berkenaan, dia berkata perbuatan itu adalah merupakan latihan peringkat awal untuk menjadi seorang pengurus jenazah, kongsi Ckkigen yang turut memuat naik video tersebut.

"Saya datang berlatih mati siap-siap, esok-esok mati tak teruk sangat," kata lelaki itu.

"Bukan macam ini caranya, sekiranya nak berlatih kena masuk dalam masjid, solat dan berdoa.

"Balik ke masjid, balik ke masjid," marah salah seorang individu.

Menjengah di ruangan komen, warga maya, @AjiYesMoto berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu bagi orang Kedah untuk tidur dalam keranda jenazah.

"Tidur atas kubur pun ramai. Mereka yang rakam ini mungkin bukan orang Baling nii..," katanya.

Ada yang juga memberi komen gurauan dengan menyatakan "Airbnb bergerak nii," kata Ati Ibrahim.

"Ohh praktis awal tu, mana lah tahu bila-bila sahaja kita dipanggil," komen Miss Leykaa.

Belum ada kenyataan pihak pengurusan masjid berkenaan berhubung insiden itu setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram