TULAR video seorang individu wanita meluahkan rasa kesal apabila rakannya bertindak melarikan diri dari rumah sewa yang ditumpangkannya itu.
Video yang dimuat naik di laman Threads itu memaparkan sebuah bilik dikosongkan oleh penghuni berkenaan berang gara-gara ditegur membawa masuk teman lelaki ke rumah dan hanya beberapa barang sahaja yang tinggal.
Dia yang dikenali sebagai mrs.honeylotus meluahkan rasa kesalnya dengan berkata, "Hari ini hari jadi aku tapi hadiah yang paling aku rasa sangat sakit hati aku dapat.
BACA LAGI: Masih terbayang beg mayat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, 2 minggu Aliff bertarung emosi
"Aku sewa rumah ini bukan murah RM 800/bulan. Masa kau minta tolong datang merayu rayu aku tolong bagi kau tumpang... setahun aku bagi duduk.
"Setengah tahun aku cuba slowtalk (cakap baik-baik) dan pujuk kau untuk cari kerja. Aku tak nak cakap spesifik siapa tapi kau tu janda anak satu.
"Anak kau masih bersekolah. Satu sen pengeluaran dalam rumah satu pun tiada. Aku fedup (muak) tolong orang dah," luahnya tanpa menyatakan lokasi tempat tinggalnya.
Difahamkan janda anak satu itu keluar daripada rumahnya selepas ditegur membawa teman lelaki ke rumah sewa tersebut.
"Malas, duduk bilik main mesin (judi) online, bawak boyfriend (teman lelaki) masuk rumah macam hotel bila tegur melenting, marah kita balik and sound (marah) kita nanti ko (kau) ada anak ko taulah rasanya macam mana," kongsi mrs.honeylotus.
Mrs.honeylotus sebelum ini pernah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan memberi sebab bahawa wanita itu tidak bekerja namun pihak berwajib tidak dapat mengambil anak wanita itu tanpa keizinan ibu kandung.
Dia menzahirkan perasaan marah terhadap wanita berkaan kerana meninggalkan rumah sewa itu dengan cara tidak beradab.
"Dengan bil api air melambung tinggi macam tu takde (tiada) tolong nak membayar sikit pun.
"Kita ini sebagai manusia masuk rumah orang cara baik keluarlah dengan cara beradab.
"Kalau dia keluar dengan cara baik saya pun tak kisah.
"Peluang dan jalan berkali kali saya dah tolong tapi dia sendiri sia siakan.
"Biar kita ni berpendidikan rendah tapi ada adabnya. Pergi mana-mana pun kalau tiada adab orang lain pun tak akan terima," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram