DI BEBERAPA negara, nikah mutaah masih dianggap sah dalam kalangan penganut Syiah sementara di negara lain terutamanya yang berpegang kepada mazhab Sunni Waljamaah adalah ditolak dan dianggap haram.
Perkara itu mencetuskan ketegangan antara mazhab.
Walaupun nikah mutaah tidak secara rasmi wujud di Malaysia dan dianggap haram, isu-isu berkaitan pernikahan dan hubungan tetap menjadi topik yang relevan dalam perbincangan masyarakat.
Terdapat hadis menyatakan nikah mutaah diharamkan sejak pada hari penaklukan kota Makkah. — SINDONews
Nikah mutaah atau dikenali sebagai pernikahan sementara atau sejenis kahwin kontrak yang dipraktikkan oleh sebahagian kelompok.
Memetik penulisan buku Ringkasan Shahih Muslim yang ditulis oleh Imam Al-Mundziri ada menyatakan terdapat hukum dibolehkan nikah mutaah dan pengharaman terhadap perkara itu.
Penulisan dalam bab 13 itu menjelaskan nikah mutaah yang dilakukan pada zaman Rasulullah adalah kelanjutan daripada apa yang mereka lakukan semasa zaman jahiliah.
Menurutnya, perkara itu diharamkan pada hari penaklukan kota Makkah dan hal tersebut tidak diketahui oleh sebahagian sahabat Nabi.
"Adapun nikah mutaah yang dilakukan pada zaman Abu Bakar dan Umar adalah kerana ketidaktahuan tentang hukum nikah mutaah ini. (al-Minnah 3415)
"Dalam riwayat hadis (HR Muslim 1404) menyebut:
حديث مسلم 1404: في هذا الحديث، يُذكر أن النبي محمد صلى الله عليه وسلم قد أباح نكاح المتعة في البداية، لكنه بعد ذلك حرمه، مما يدل على أن نكاح المتعة لم يعد مُعتبرًا بعد تحريمه.
"Terdapat penjelasan bahawa Nabi Muhammad SAW pada awalnya membolehkan nikah mutaah tetapi kemudian mengharamkannya. Ini menunjukkan bahawa pernikahan mutaah tidak lagi dianggap sah setelah pengharamannya," tulis Imam Al-Mundziri.
Hal itu jelas disokong menerusi sebuah hadis dari HR al-Bukhari 4615 menyebut:
حديث البخاري 4615: يُشير هذا الحديث أيضًا إلى أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أباح نكاح المتعة في فترة معينة، لكنه حرمه في يوم فتح مكة.
"Hadis ini juga menegaskan bahawa Rasulullah SAW pernah membenarkan nikah mutaah pada masa tertentu tetapi kemudian mengharamkannya pada ketika penaklukan kota Makkah," memetik buku tersebut.
Penulisan pada muka surat 595 itu menyatakan riwayat dari Sabrah al-Juhani, ayahnya menceritakan padanya bahawasanya dia pernah bersama Rasulullah lalu bersabda:
عن سبرة الجهني رضي الله عنه أن أباه حدثه، أنه كان مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: "يا أيها الناس، إني قد أذنت لكم في نكاح المتعة مع النساء، وإن الله قد حرمها إلى يوم القيامة، فمن كان عنده شيء من التي تزوجها متعة فليتركها، ولا تأخذوا مما آتيتموهن شيئًا."
Maksudnya: “Wahai manusia aku telah mengizinkan kalian untuk nikah mutaah dengan wanita dan sesungguhnya ALLAH mengharamkannya hingga hari kiamat, maka barang siapa memiliki sesuatu pada wanita yang dinikahi mutaah maka hendaknya membiarkannya dan janganlah kalian mengambil sesuatu yang kalian berikan kepada wanita itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram