MAJLIS Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengeluarkan notis kepada pengurusan Kompleks Perniagaan Al-Azim di Bukit Baru, Melaka bagi menjalankan penilaian struktur susulan kematian tragis seorang budak berusia tujuh tahun.
Difahamkan budak berkenaan meninggal dunia apabila serpihan berat dari slab konkrit hiasan yang runtuh jatuh menimpanya.
Datuk Bandar MBMB Shadan Othman berkata pihak pengurusan perlu menyelesaikan penilaian dalam masa 30 hari selepas menerima notis tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Lima maut, 22 cedera pengganas serang kemudahan Turkish Aerospace Industries
BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes mengamuk pecah cermin kereta, besar kemungkinan angkara masalah ‘sambung bayar’
Shadan menegaskan bahawa Majlis Melaka sedang mengenal pasti pemaju, perunding dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu 16 tahun lalu.
Bangunan berkenaan menerima Sijil Kelayakan Menduduki (CoF) pada tahun 2008 dan sebelum ini dimiliki oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), kini diuruskan oleh syarikat lain.
Shadan menegaskan bahawa majlis sedang mengenal pasti pemaju, perunding dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu 16 tahun lalu.
Beliau menekankan bahawa penilaian itu penting untuk menilai kualiti bahan, struktur dan keberkesanan operasi bangunan serta untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kerosakan atau kegagalan struktur.
Penilaian akan dijalankan di bawah Seksyen 71 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta denda maksimum RM500,000 bagi mereka yang didapati bersalah mengabaikan kestabilan atau integriti struktur.
Terdahulu pada Selasa, mangsa dilaporkan meninggal dunia setelah ditimpa serpihan dari slab konkrit hiasan di bangunan tiga tingkat tersebut pada pukul 10.15 malam.
Identiti mangsa yang dikenal pasti itu adalah Ong Lun Keat.
Adik lelaki Ong yang berusia lima tahun dan ayah mereka yang berusia 42 tahun mengalami kecederaan ringan.
Difahamakan keluarga itu sedang berada di bank berdekatan ketika insiden berlaku dan berdiri di luar Domino’s Pizza ketika serpihan jatuh menimpa mereka.
Laporan bedah siasat dari Hospital Melaka pada Rabu lalu menunjukkan bahawa budak itu mengalami trauma teruk dan pelbagai kecederaan yang menyebabkan kematiannya.
Seorang pengurus berusia 34 tahun dari Domino’s Pizza juga membuat laporan polis pada Selasa setelah enam motosikal yang diparkir di luar bangunan itu rosak akibat insiden tersebut. — The Star/RSN MURALI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram