[VIDEO] Sambutan hari jadi bertukar tragedi, pelajar politeknik maut terjatuh tingkat 3 ketika kejar anjing di hotel


  • Benua
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Polis Chandanagar mengesahkan Kumar meninggal dunia di tempat kejadian.

SEORANG pelajar yang menghadiri sambutan hari jadi di sebuah hotel di Hyderabad, India terjatuh dari tingkat tiga ketika mengejar anjing.

Menurut laporan media antarabangsa, Uday Kumar, 24 yang merupakan seorang pelajar politeknik, sedang meraikan hari jadi rakannya di tingkat tiga VV Pride Hotel di Chandanagar pada petang Ahad.

Difahamkan, dia pada ketika itu keluar ke koridor dan ternampak seekor anjing.

BACA LAGI: [VIDEO] Lima maut, 22 cedera pengganas serang kemudahan Turkish Aerospace Industries

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes mengamuk pecah cermin kereta, besar kemungkinan angkara masalah ‘sambung bayar’

Rakaman CCTV menunjukkan Kumar bermain-main kejar-kejar bersama anjing itu di koridor.

CCTV tersebut memaparkan anjing berkenaan membelok ke kanan koridor dan Kumar cuba mengikuti namun tergelincir dan terjatuh menerusi tingkap yang terbuka.

Polis Chandanagar mengesahkan Kumar meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Gandhi untuk bedah siasat.

Menurut kenyataan pihak polis, mangsa meninggal di tempat kejadian.

Polis Chandanagar mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 194 (kematian yang mencurigakan) Bharatiya Nagarik Suraksha Sanhita (BNSS) dan memulakan siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram