Saluran perparitan, struktur binaan haram tersumbat punca banjir kilat di Jinjang Utara


  • Primer
  • Khamis, 24 Okt 2024

Lai (kanan) dan Baskaran memeriksa struktur yang didirikan oleh pemilik perniagaan.

SALURAN longkang yang tersumbat dan struktur haram dibina di atas perparitan dipercayai menyumbang kepada banjir kilat di tiga kawasan tumpuan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Semasa lawatan tapak, pihak berkuasa mendapati beberapa saluran tersumbat di Jalan Benteng Timur, Jalan Benteng Utara, dan Jalan Jinjang Setia 6.

Wakil dari pejabat Ahli Parlimen Kepong, SWCorp, Alam Flora, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) menemukan aliran air yang terhalang ke saluran monsun.

BACA LAGI : 'Isteri yang sakit, bukan awak', rakan guru sedih pihak atasan tolak permohonan Cikgu Din tukar sekolah jaga pasangan sakit kanser

BACA LAGI : Dari halang barang kontraban ke dunia bola, CEO PDRM FC pernah dihimpit, terima ugutan penyeludup

2981409

Pekerja Alam Flora sedang membersihkan longkang di sepanjang Jalan Jinjang Setia 6.

Di Jalan Benteng Timur, saluran terhalang oleh lumpur dan sisa dan difahamkan ada segelintir penduduk membina ramp konkrit secara haram di atas saluran berkenaan.

Beberapa kedai pembaikan kereta juga meletakkan mesin di atas saluran tersebut.

Di Jalan Benteng Utara, sebuah restoran membina struktur haram di atas saluran, manakala di Jalan Jinjang Setia 6, tanah dan lumpur menyekat sistem perparitan, menurut laporan Star Metro.

Penolong Kanan Penguatkuasa SWCorp , Baskaran Pillay Subramaniam berkata, struktur yang tidak sesuai menyebabkan banjir kilat.

Beliau menambah bahawa penyumbatan di dalam dan atas saluran menghalang aliran air keluar dari kawasan perumahan.

Dalam pada itu, Dic Lai, pegawai khas Lip Eng berkata, beliau menunggu laporan penuh daripada SWCorp sebelum memohon kepada DBKL untuk kerja pembetulan.

"Masalah di Jalan Benteng Timur telah berlarutan lebih 20 tahun, dan kawasan itu sering banjir selepas hujan," katanya.

Dic Lai dalam pada itu berjanji untuk berhubung dengan pejabat DBKL mengenai isu berkenaan dan akan memanjangkannya kepada DBKL untuk membatalkan lesen pengendali restoran dan menghapuskan struktur haram di Jalan Benteng Utara.

Dia juga mengingatkan pekerja Alam Flora untuk melaporkan kepada jabatan berkaitan jika usaha pembersihan saluran tidak dapat dilaksanakan agar tindakan dapat diambil sebelum keadaan menjadi lebih teruk. — The Star/JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram