[VIDEO] Lima maut, 22 cedera pengganas serang kemudahan Turkish Aerospace Industries


  • Benua
  • Khamis, 24 Okt 2024

Tangkap layar dua wajah daripada pengganas itu terdedah selepas rakaman CCTV tular di media sosial.

TURKIYE digemparkan satu insiden serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara berkenaan iaitu Ankara pada Rabu.

Meskipun belum diketahui jumlah pengganas yang terlibat dałam kejadian berkenaan namun dua wajah daripada mereka iaitu seorang lelaki dan wanita terdedah selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial.

Memetik laporan Agensi Anadolu, Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian dan kecederaan.

BACA LAGI: Pelajar perempuan parah dirempuh lelaki sakit mental dekat sekolah di Manjung

BACA LAGI: Sahkan tiada aktiviti letupan kuari, Polis Perak siasat punca sebenar bunyi dentuman kuat di Ipoh

Beliau juga menambah dalam kenyataan terbaharunya, seramai lima orang terkorban dan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kini sudah mencecah 22 orang.

Laporan media luar negara melaporkan, saksi memaklumkan bahawa pekerja di dalam bangunan telah dibawa ke tempat perlindungan oleh pihak berkuasa dan tiada sesiapa dibenarkan keluar selama beberapa jam.

Mereka juga melaporkan bahawa letupan mungkin berlaku di beberapa pintu keluar ketika pekerja hendak pulang.

Saksi kemudian berkata, bahawa pemindahan kakitangan dari kampus TAI telah bermula, dan bas dibenarkan beredar selepas operasi selesai.

TUSAS merupakan pengeluar aeroangkasa terbesar di Turkiye, yang kini menghasilkan pesawat latihan, helikopter tempur dan helikopter awam, serta sedang membangunkan jet pejuang tempatan pertama mereka, KAAN.

Dalam perkembangan berbeza, semua rakyat Malaysia di Turkiye telah dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapi keadaan itu.

"Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan itu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram