[VIDEO] Tak sabar tunggu jalan 'bermelodi' di Malaysia, boleh bantu patuhi had laju, kurangkan risiko kemalangan seperti di Jepun


  • Massa
  • Khamis, 24 Okt 2024

Had laju yang ditetapkan bagi mendapatkan kualiti melodi yang baik biasanya dalam kelajuan 40 atau 50 mph. — Iluminasi

PERNAHKAH anda mendengar tentang jalan yang menghasilkan muzik ketika kenderaan melaluinya?

Di Jepun, terdapat konsep menarik yang dipanggil 'musical road' atau jalan bermelodi di mana permukaan jalan direka untuk mencipta bunyi tertentu.

Apakah sebenarnya kegunaan mahupun kelebihan di sebalik teknologi seperti itu?

BACA LAGI: [VIDEO] Cikgu sebak murid pakai kasut sekolah sumbat kertas terseret-seret, tak cakap banyak terus beli baharu

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Batu Pahat cekup suspek patahkan 'wiper' belakang kereta, sembunyi senjata tajam

Menerusi perkongsian video oleh pengguna media sosial yang dikenali Kimalogy ada berkongsi pengalamannya ketika tinggal di Jepun dan merasai sendiri jalan yang dipanggil melody road itu.

"Di Jepun, mereka menyebut invoasi itu sebagai melody road.

"Apabila melalui jalan tersebut, ia akan menghasilkan lagu berdasarkan ketebalan dan lebar permukaan jalan namun ia menghasilkan bunyi yang berbeza.

"Pencipta idea jalan ini adalah Shizuo Shinoda yang menciptanya sekitar 40-50 tahun lalu untuk mendapatkan bunyi yang terbaik.

"Kita perlu mengikuti had laju yang ditetapkan biasanya dalam kelajuan 40 atau 50 mph.

"Ini juga membantu menggalakkan keselamatan kerana untuk mendengar muzik dengan baik juga perlu patuh kepada had laju.

"Jika kau pergi laju, muziknya pun laju dan tidak sedap didengar.

"Ada banyak jalan bermelodi di Jepun dan setiap satu menghasilkan muzik yang berbeza misalnya jalan country road di Ishikawa dan Hokkaido," katanya.

Berdasarkan sumber Iluminasi, penulisan oleh Osman Affandi menjelaskan terdapat seorang jurutera Jepun, Shizuo Shinoda yang secara tidak sengaja mencipta jalan muzikal ketika dia mengikis tanda jalan menggunakan mesinnya.

Dia menyedari bahawa getaran yang dihasilkan menghasilkan melodi apabila memandu di atas jalan, menurut sumber tersebut.

"Pada 2007, jurutera dari Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido menyiapkan reka bentuk Shinoda dengan membina beberapa jalan muzikal di Jepun yang mewujudkan pelbagai garisan ketebalan dan panjang.

"Jalan-jalan ini menghasilkan nada berbeza bergantung pada jarak dan kedalaman alur dan kelajuan kereta mempengaruhi melodi yang dihasilkan serta menggalakkan pemandu mematuhi had laju.

"Jalan muzikal pertama tidak hanya di Jepun, tetapi juga di Gylling, Denmark dihasilkan oleh Steen Krarup Jensen dan Jakob Freud-Magnus pada Oktober 1995.

"Juga dikenali sebagai Aspaltophone, ia direka untuk menghasilkan bunyi melalui getaran roda kereta, memetik Iluminasi.

jalan-muzikal-jepun.jpg

Jalan-jalan tersebut ditandai dengan nota muzik berwarna dan memerlukan pemandu memandu pada kelajuan tertentu untuk mendengar melodi. — Iluminasi

Sumber itu turut menjelaskan bahawa di Jepun, terdapat beberapa jalan muzikal di Hokkaido, Wakayama, Shizuoka, dan Gunma yang masing-masing memainkan lagu berbeza.

"Jalan-jalan ini ditandai dengan nota muzik berwarna dan memerlukan pemandu memandu pada kelajuan tertentu untuk mendengar melodi.

"Korea Selatan juga mempunyai Singing Road yang memainkan lagu "Mary Had a Little Lamb" untuk membantu pemandu kekal fokus di kawasan berbahaya.

"Statistik menunjukkan banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu," memetik sumber.

Berdasarkan rujukan dari Iluminasi ada menyatakan Amerika Syarikat memperkenalkan jalan muzik pertamanya pada 2008 di Lancaster, California, dinamakan "The Civic Musical Road" yang menghasilkan melodi dari lagu 'William Tell Overture'.

"Jalan muzik lain di New Mexico membolehkan pemandu mendengar "America the Beautiful" jika memandu pada kelajuan tertentu dengan tujuan untuk memperlahankan kenderaan," tulisnya.

Tak mustahil, jika teknologi itu diterapkan di Malaysia, ia juga boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan selain menggalakkan pemandu tempatan untuk mematuhi had laju yang ditetapkan tidak kira di jalan persekutuan mahupun lebuh raya utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram