Remaja Lahad Datu ditemukan maut tiada elemen jenayah, polis siasat kemungkinan terkena objek akibat kemalangan


  • 112
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi penemuan mayatnya. — Sabah Post

SEORANG remaja ditemukan mati di Kampung Lok Bangga, Lahad Datu, Sabah.

Remaja yang dikenali Nasir Abdu Hadi, 17, dijumpai oleh seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan pada jam 5.40 petang Rabu segera memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Dzulbaharin Ismail berkata, pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi penemuan mayatnya.

BACA LAGI: Tragedi teman ayah pergi bank, budak 7 tahun maut kena hempap bongkah simen di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kedai makan cedera lengan kanan kena tetak lelaki berparang di Raub

MAUT

Dipercayai mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap di Kampung Lok Bangga. — Sabah Post

Menurutnya, laporan autopsi menunjukkan punca kematian adalah akibat kecederaan di kepala akibat dipukul objek keras.

"Dipercayai kematian ini mungkin berlaku akibat kemalangan.

"Mangsa dipercayai seorang warga asing tanpa dokumen," katanya.

Siasatan mengenai kematian mengejut giat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Dalam pada itu, ACP Dzulbaharin menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil menghubungi polis sama ada di balai polis Tungku atau Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu (IPD) di talian 017-8293359. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram