[VIDEO] Tanah kering-kontang di Afrika pun boleh subur, alternatif FMNR jadi pertimbangan selain IPR-Intan


  • Massa
  • Isnin, 21 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan cara rakyat di Tanzania menggunakan teknik FMNR bagi memulihkan tanah kering kontang.

SITUASI tanah kering-kontang antara perubahan iklim yang boleh berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Meskipun negara ini terkenal dengan hutan hujan tropika yang lembap, namun keadaan iklim tersebut tidak mustahil boleh berlaku terutamanya semasa fenomena El Nino.

Fenomena tersebut adalah kejadian cuaca panas melampau disebabkan kekurangan sumber air atau hujan sehingga menyebabkan tanah menjadi gersang dan kering.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada alasan tinggal solat, Masjid An-Nur dalam pusat beli-belah JB jadi contoh terbaik

BACA LAGI: [VIDEO] 'Percaya duit Tuhan bagi', realisasi impian anak asnaf jumpa CR7 lepas bayar zakat RM1juta

images (1)

Kawasan tanah bendang di Pasir Mas kelihatan merekah akibat cuaca panas berpanjangan sejak pada Mac lalu.

Ia boleh berlaku selama beberapa bulan sekali gus menyukarkan aktiviti penanaman atau pertanian.

Selain mengurangkan hasil tanaman, keadaan itu juga menjejaskan tahap kesuburan tanah dan memaksa para petani bergantung kepada sistem pengairan yang lebih mahal.

Sama seperti yang berlaku terhadap para pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) apabila mengalami masalah penyusutan tanah sawah padi di Kelantan berpunca daripada beberapa faktor antaranya adalah kemarau pada Mac lalu.

Masalah kekeringan melampau di kawasan sawah padi di Pasir Mas, Kelantan itu juga boleh dikatakan hampir setiap tahun berlaku.

Pada 2022, seramai 150 petani yang mengusahakan padi dua musim di Bendang Gaal, Gong Datuk dan Wakaf Bunut, Kelantan dilaporkan berdepan kerugian lebih RM800,000 apabila tanaman terbantut akibat kemarau berlaku lebih awal daripada jangkaan.

Selama hampir sebulan, tiga bendang seluas kira-kira 200 hektar itu dikatakan tidak menerima bekalan air sehingga menjadi kering-kontang.

Picture1 (1)

Kaedah pemuliharaan lestari seperti di Afrika boleh dijadikan sebagai alternatif baharu di Malaysia. — Agensi

Pada masa sama, permukaan tanah seluas 50 hektar itu kelihatan dalam keadaan kritikal, kering-kontang serta merekah sehingga menjejaskan kualiti penanaman padi.

Justeru, Malasyia memerlukan usaha yang berterusan bagi menangani masalah tersebut dengan menggunakan kaedah pertanian lestari seperti Pemulihan Semula Jadi oleh Petani atau Farmer Managed Natural Regeneration (FMNR).

FMNR merupakan kaedah pemuliharaan hijau yang digunakan di Niger, Afrika Utara sejak 1983 dan diperluaskan di beberapa negara lain termasuk Tanzania, Afrika.

Dalam beberapa dekad lalu, pendekatan FMNR terhadap pemulihan landskap dan agroforestri itu membantu komuniti tempatan menangani cabaran kemarau yang mudah di gunakan di tanah kering yang gersang atau kekurangan air.

FMNR merupakan gabungan teknik-teknik tradisional dengan pendekatan moden untuk mengeksplorasi 'hutan bawah tanah' iaitu sisa-sisa hutan yang boleh dihidupkan semula.

Dengan mengembalikan pokok kepada kehidupan yang aktif, FMNR bukan sahaja memperbaiki ekosistem, tetapi juga meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan ternakan.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai strategi berpotensi tinggi dalam mengatasi isu kelestarian dan keselamatan makanan di pelbagai kawasan.

Melalui teknik itu, petani dapat memanfaatkan tunggul pokok (kayu mati) atau biji benih yang ada di dalam tanah untuk menghidupkan semula kawasan gersang dengan sedikit penyesuaian dalam pengurusan tanah.

Alternatif itu tidak mustahil dapat dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sekiranya mendapati ada kawasan tanah kering-kontang yang terbiar.

Bagaimanapun, kerajaan sebelum ini ada melancarkan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat–Inisiatif Usahawan Tani (IPR-Intan) yang dirangka bagi mencapai objektif strategik dalam menyokong agenda keterjaminan makanan, menghasilkan tenaga mahir dalam pertanian moden dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada Julai lalu mengumumkan, buat masa ini sebanyak 1,100 ekar tanah sudah dibuka di seluruh negara dan semuanya itu di atas tanah kerajaan kerana infrastruktur pertanian moden yang dibangunkan melalui IPR-Intan.

Menurutnya, ia sudah memadai dengan penerima-penerima di seluruh negara mula menyertai pertanian moden, yang pulangannya memberi gaji sekurang-kurang RM2,000 sebulan kepada warga miskin tegar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram