[VIDEO] Tak perasan lintas jalan, budak perempuan tercampak dirempuh peserta perhimpunan Honda EX5 di Gong Badak


  • Tular
  • Ahad, 20 Okt 2024

Tangkap layar kemalangan membabitkan seoranga kanak-kanak perempuang dan penunggang motosikal di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu.

SATU kemalangan dipercayai berlaku membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dan penunggang motosikal di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu.

Insiden tercetus apabila budak perempuan itu dikatakan terlebih dahulu melintas di trek litar berkenaan sebelum dirempuh salah seorang peserta perhimpunan motosikal Honda EX5 terbabit.

Menunggang laju di laluan itu, penunggang berkenaan gagal mengelak dan merempuh kanak-kanak tersebut sekali gus mengakibatkan kedua-duanya terkulai di lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak larat bersembunyi sebab lapar, lelaki tetak jiran di Keningau akhirnya dicekup lepas sebulan larikan diri

BACA LAGI: [VIDEO] Ruang tempat simpan bateri tiba-tiba meletup, 2 nelayan melecur bot terbakar di Kuala Perlis

Tersentak dengan insiden itu, keadaan di litar lumba tersebut bertukar kecoh dengan orang ramai kemudiannya berlari memberikan bantuan.

Video kejadian sempat dirakamkan salah seorang pengunjung di litar trek berkenaan

Namun, belum ada sebarang kenyataan polis mahupun perkembangan terkini berhubung insiden tersebut setakat ini.

Menerusi ruangan komen, tiada kes kematian dilaporkan berlaku dengan kedua-dua individu terlibat telah pun diberikan rawatan hospital.

Terdahulu, seramai tiga penunggang motosikal jenis Honda EX5 dilaporkan maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman, Terengganu pada Jumaat.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan menyertai perhimpunan pemilik motosikal Honda EX5 di Gong Badak.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua motosikal dinaiki mangsa bergesel sesama sendiri sebelum kedua-duanya terbabas lalu tercampak di atas jalan.

Sementara itu, satu lagi kemalangan berlaku sekitar pukul 11.50 pagi hari yang sama di Kilometer 316.8 menghala ke Kuala Terengganu membabitkan penunggang EX5 yang terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram