[VIDEO] Ruang tempat simpan bateri tiba-tiba meletup, 2 nelayan melecur bot terbakar di Kuala Perlis


  • 112
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Dua nelayan cedera termasuk seorang parah selepas disambar api apabila bot fiber mereka naiki meletup dan terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis. — Facebook/Adun Kuala Perlis

DUA nelayan cedera parah selepas bot fiber dinaiki mereka terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis dekat Kangar, Perlis pada Khamis.

Dalam kejadian pukul 11.55 malam, Mohamad Bakri Idham, 54, melecur hampir 90 peratus, manakala rakannya Nur Azman Sabu, 45, mengalami lecur sekitar 45 peratus, pada keseluruhan badan mereka.

Melalui perkongsian warga maya, kebakaran itu juga bot itu juga menyebabkan satu letupan berlaku.

BACA LAGI: Murid darjah satu maut, motor ditunggang abang umur 10 tahun dilanggar van di Baling

BACA LAGI: [VIDEO] Tak reti sabar, rider melambung ke udara dirempuh Myvi langgar lampu merah di Kulim

Sementara itu, Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata letupan berlaku selepas mangsa membuka penutup ruangan tempat penyimpanan bateri.

"Mengikut maklumat daripada salah seorang mangsa, ketika mereka hendak membuat persiapan itu, mangsa membuat pemeriksaan bot dengan memastikan minyak, bateri, dan kelengkapan bot yang lain lengkap sewaktu bertolak ke laut.

"Api kesan letupan itu menyambar kedua-dua mangsa, namun mereka sempat diselamatkan penduduk kampung berhampiran. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk rawatan lanjut," katanya pada Jumaat.

Terdahulu, tular satu video memaparkan orang awam mengerumuni tempat kejadian. Kepulan asap tebal juga dilihat memenuhi ruang udara bot itu terbakar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram