[VIDEO] Idea bernas guna penghadang masa potong rumput, elak risiko termasuk cermin kereta pecah


  • Massa
  • Ahad, 20 Okt 2024

Penghadang yang berfungsi sebagai pelindung ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput di kawasan orang awam.

DENGAN pelbagai kemudahan disediakan dan perkembangan teknologi kini banyak membantu memudahkan urusan pembersihan seperti memotong rumput.

Selain kecanggihan mesin yang sering diutamakan, sistem pengurusan dalam melaksanakan kerja tersebut juga perlu dinaik taraf terutamanya apabila melibatkan kawasan orang awam.

Mengambil contoh seperti pekerja pembersihan di Jepun menggunakan penghadang ketika memotong rumput di laluan orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] YouTuber selit duit, bantu borong jualan oren peniaga OKU di lereng bukit mahu biaya ibu sakit

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan naik taraf fasiliti awam, tingkatkan kadar elaun suntik semangat OKU jalani hidup

Menerusi video tular di media sosial sejak minggu lalu, kelihatan satu penghadang jaring hijau yang besar diletakkan antara kawasan rumput dengan jalan raya.

Penghadang itu diletakkan untuk mengelak rumput-rumput yang dipotong tidak berterbangan jauh dan terkena pada pengguna laluan itu.

Tugas itu juga dijalankan dengan begitu sistematik dan teratur apabila seorang daripadanya bertindak mengawasi kawasan sekiranya ada orang awam yang melintasi kawasan tersebut.

Ketika pejalan kaki menghampiri mereka, pekerja tersebut akan meniup wiselnya untuk memberi petanda kepada rakannya supaya berhenti seketika sebagai langkah berhati-hati.

Langkah itu juga sebenarnya ada dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Thailand dan boleh mula dinormalisasikan di Malaysia.

Di Thailand, ada sesetengahnya yang menggunakan penghadang jaring hitam apabila memotong rumput atau pokok kecil di tepi lebuh raya.

Screenshot (3613)

Langkah yang juga digunakan di Thailand ketika memotong rumput di lebuh raya. — Agensi

Ia bertujuan untuk tidak menyebabkan kerosakan pada cermin kereta pengguna serta menghalang objek berbahaya masuk di dalam kenderaan.

Tidak dinafikan idea tersebut dapat membuatkan ramai yang kagum terutamanya berikutan penghalang itu digunakan sebagai alat pelindung kereta.

Selain berfungsi sebagai alat pelindung, ia juga mampu meningkatkan kualiti kerja pembersihan di negara ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab juga boleh mempertimbangkan kaedah itu untuk diaplikasikan di setiap negeri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram