ADUN Mahkota, Sharifah Azizah meninggal dunia pada usia 64 tahun


  • Massa
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Sharifah yang juga Ketua Wanita Umno Kluang dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor sejak Selasa kerana mengalami masalah kesukaran bernafas sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

AHLI Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63 disahkan sudah meninggal dunia pada Jumaat selepas tiga hari mendapatkan rawatan di hospital.

Sharifah yang juga Ketua Wanita Umno Kluang dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor sejak Selasa kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

Difahamkan, ahli keluarga Sharifah Azizah berada di sisinya ketika dia meninggal dunia.

BACA LAGI: [VIDEO] Peras ugut warga asing, 2 polis Kajang digantung tugas, tunggu masa ke mahkamah

BACA LAGI: [VIDEO] Kerajaan Malaysia bagi tol percuma menjelang perayaan antara 3 isu yang paling dicemburui rakyat Indonesia

ADUN dua penggal berusia 64 tahun itu mendapat bantuan pernafasan sejak dia dimasukkan ke hospital.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday ketika dihubungi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya, dia sudah mengenali Sharifah Azizah selama 40 tahun.

"Kami telah kehilangan ahli Umno yang sudah lama berkhidmat. Pendapat kami mungkin berbeza tetapi kami ibarat keluarga dalam Umno," kata Jais.

Tambahnya lagi, walaupun Sharifah tidak sihat sejak sekian lama, namun beliau masih melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada pengundinya di Kluang.

"Bapanya ialah Allahyarham Datuk Syed Zain Al Shahab, bekas Speaker Johor," ujarnya sambil memaklumkan Sharifah telah menjadi ketua Wanita Umno bahagian itu sejak 1993.

Sharifah memenangi kerusi DUN Mahkota semasa pilihan raya negeri Johor pada 2022.

Sebelum itu, beliau adalah ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram