Penjawat awam terima bantuan khas RM500, pesara dapat RM250


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

KERAJAAN bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.

"Bantuan ini akan disalurkan pada Februari 2025," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

BACA LAGI: Kepala air di Lahad Datu: 3 pendaki maut, 3 lagi masih hilang

BACA LAGI: Politik pejabat, jadi 'kambing hitam ' antara sebab Gen-Z, milenial tak minat jawatan pengurus — Kajian

veteran

Bantuan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

Menurutnya, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.

Sementara itu, Anwar memaklumkan, kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.

Jelasnya, bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.

"Bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.

"Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 berbanding RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram