Golongan PKS idam 'tunjuk ajar' pemasaran, uruskan bisnes dalam Belanjawan 2025


  • Bizz
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Peniaga kecil sering berdepan cabaran dalam mendapatkan modal permulaan yang mencukupi untuk meluaskan perniagaan.

PEMBENTANGAN Bajet 2025 pastinya dinanti-nantikan telah menjadi tumpuan utama golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.

Sektor ini, yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi Malaysia, berharap agar kerajaan akan memberikan tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi, di samping menyediakan inisiatif bagi memacu pertumbuhan industri.

Menurut seorang peniaga, Saiful Bakhtiar Othman, 37, latihan dan bimbingan dari segi pemasaran serta pengurusan perniagaan antara aspek yang perlu dipertimbangkan kerajaan menerusi Bajet 2025.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Suntikan dana KPT, KBS boleh jadikan SUKIPT, MASUM tahun depan lebih 'bernyawa'

BACA LAGI: Harga barang kami jual tidak akan naik sebab SST meningkat — Ameer Ali Mydin

WhatsApp Image 2024-10-08 at 11.23.19 (3)

Saiful Bakhtiar sepakat untuk mengusahakan perniagaan piza pada penghujung Disember tahun lalu bagi menambah baik kedudukan ekonomi keluarga.

Usahawan berasal dari Melaka itu menjelaskan, memasuki era digitalisasi, inisiatif untuk memberikan latihan dan bimbingan dalam aspek pemasaran digital, pengurusan kewangan serta amalan perniagaan mapan adalah sangat bermanfaat buat peniaga.

"Apatah lagi, lihat betapa ramai peniaga kecil yang mempunyai produk berkualiti, tetapi masih kurang berpengetahuan untuk mengembangkan jenama.

"Malah ada antara mereka yang masih belum berupaya menguruskan kos dengan lebih cekap," katanya kepada Majoriti.

Ujar Saiful Bakhtiar, sokongan dalam bentuk geran kewangan atau subsidi bagi pembelian peralatan dapur komersial, bahan mentah dan kos penyewaan ruang perniagaan juga antara yang sangat diperlukan PKS.

Tambahnya, peniaga kecil sering berdepan cabaran dalam mendapatkan modal permulaan yang mencukupi untuk meluaskan perniagaan.

WhatsApp Image 2024-10-17 at 00.49.42

Bagi Nur Khairina, peniaga dan penjaja juga berdepan kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah di pasaran.

"Selain itu, program pinjaman dengan kadar faedah yang rendah atau tempoh pembayaran yang lebih panjang juga akan memberi peluang kepada kami untuk berkembang tanpa tekanan kewangan yang terlalu besar.

"Skim ini perlu mesra kepada peniaga jalanan dan peniaga yang baru memulakan kedai fizikal," ujarnya yang berkecimpung dalam sektor makanan dan minuman (F&B) sejak Disember 2023.

Sementara itu, peniaga kedai makan yang beroperasi di Kampar, Perak, Nur Khairina Abd Khalil, 24, berkata, isu peningkatan harga barang mentah dan subsidi diharapkan bakal menjadi fokus utama kerajaan dalam mengurangkan beban dihadapi golongan PKS.

Menurutnya, selain kenaikan pelbagai barangan mentah, peniaga dan penjaja juga berdepan kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah di pasaran.

"Kerajaan perlu kawal harga bahan mentah agar kenaikannya tidaklah terlalu mendadak hingga memberi tekanan melampau kepada peniaga.

"Jika sukar untuk kurangkan, setidak-tidaknya kekalkan harga sedia ada, jangan naikkan.

"Untuk sekarang harga sayur-sayuran kerap berubah-ubah. Misalnya, harga cili api hijau dijual antara RM9.90 hingga RM15.99 (sekilogram), manakala cili api merah pula antara RM10 hingga RM16.90," adunya.

WhatsApp Image 2024-10-17 at 01.08.05

Isu peningkatan harga barang mentah masih lagi membelenggu peniaga.

Nur Khairina turut memberitahu, bagi majoriti pengusaha PKS, sokongan kewangan sehingga kini sebagai antara isu utama yang menjadi topik perbincangan.

Justeru katanya, dengan ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan diharapkan dapat memperuntukkan lebih banyak geran dan insentif bagi membantu mengurangkan beban kos operasi.

"Geran kewangan dan bantuan pinjaman mikro sangat diperlukan untuk PKS yang sedang berkembang tetapi berdepan kesukaran untuk memperoleh modal tambahan," luahnya.

Selain sokongan kewangan, ujar Nur Khairina, dia berharap agar Bajet 2025 akan memperkenalkan lebih banyak insentif bagi mempercepat transformasi digital dalam sektor PKS.

Usahawan yang juga tukang masak itu berpandangan, perkembangan teknologi kini penting untuk memastikan perniagaan kekal berdaya saing dalam pasaran yang semakin mencabar.

"Kami berharap ada dana khusus untuk membantu PKS dalam pelaksanaan teknologi terkini seperti e-dagang dan automasi yang boleh meningkatkan produktiviti," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram