Belanjawan 2025: Peruntukan lebih besar beri nyawa, 'perhebat' aktiviti pelancongan domestik


  • Hobi
  • Khamis, 17 Okt 2024

Kerajaan Kedah melancarkan Tahun Melawat Kedah 2025 untuk merancakkan sektor pelancongan.

INDUSTRI pelancongan di Malaysia kini sedang melalui fasa pemulihan yang ketara selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ketika krisis pandemik, sektor itu boleh dikatakan hampir lumpuh susulan keputusan kerajaan memutuskan untuk melakukan sekatan perjalanan, penutupan sempadan yang seterusnya mendorong penurunan mendadak dalam ketibaan pelancong domestik serta antarabangsa

Ketiadaan pelancong yang datang dari luar negara itu juga menyebabkan industri perhotelan di Malaysia seperti nyawa-nyawa ikan.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Basuh kaki pun kena bayar’, pelancong ingin ke Indonesia harus hati-hati dengan ‘pungli’

BACA LAGI: Saddam Pittli idam bajet tambahan buat atlet beruniform dalam Belanjawan 2025

6091186288238641192

Kerajaan Negeri Melaka sedang menganjurkan TMM 2024 bermula pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024. — Gambar Hiasan

Buktinya, walaupun berada di kawasan bandar, terdapat beberapa hotel di sekitar Putrajaya yang turut terjejas sehingga tidak dapat meneruskan perkhidmatannya lagi.

Apabila sedikit demi sedikit kelonggaran dilaksanakan, industri pelancongan di Malaysia semakin menunjukkan tanda-tanda kebangkitan semula.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kebangkitan itu termasuklah pembukaan semula sempadan antarabangsa dan peningkatan permintaan pelancongan domestik.

Malaysia juga sudah rancak mempromosikan banyak negeri dengan menetapkan sesuatu tahun sebagai tahun melawat rasmi dan ia juga sebagai tanda mengalu-alukan pelancong untuk hadir ke sesebuah destinasi.

6091186288238641195

Kuala Kubu Bharu disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bawah kategori Garden City Heritage. — Gambar Hiasan

Antaranya, adalah seperti Tahun Melawat Perlis 2024, Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Kedah 2025.

Dengan menyasarkan kedatangan pelancong dalam jumlah tertentu, negeri-negeri sedemikian juga bertindak membaiki segala infrastruktur yang terjejas supaya orang ramai dapat merancakkan pelancongan domestik.

Bagaimanapun, strategi untuk menaikkan semula industri pelancongan itu perlulah disokong secara penuh dan dibangkitkan oleh pihak kerajaan menerusi Belanjawan 2024 agar mampu mendorong perubahan kepada sektor pelancongan.

Ini kerana, sektor itu tidak dapat bergerak dengan sebaik mungkin tanpa dana yang mencukupi daripada pihak tertentu khususnya kerajaan.

Malahan, terdapat beberapa perkara yang berpotensi terjadi jika Kementerian Pelancongan tidak menerima dana mencukupi dalam Belanjawan 2025.

Beberapa kesan utama yang mungkin terjadi termasuklah:

1. Kualiti infrastruktur tidak mampu ditingkatkan

Apabila dana yang diterima tidak mencukupi, usaha untuk meningkatkan atau menyelenggara infrastruktur di sesebuah destinasi pelancongan akan terbatas.

Ini termasuk pembinaan atau pembaikan jalan raya, pusat pelancongan, tandas awam dan kemudahan asas lain.

Kekurangan infrastruktur berkualiti boleh menyebabkan pelancong berasa tidak selesa dan kurang berminat untuk melawat destinasi tersebut, seterusnya mengurangkan daya tarikan lokasi terbabit sebagai destinasi pelancongan.

6066571066161085512 (1)

Acara yang mengetengahkan kebudayaan masyarakat sukar dipromosikan jika kekurangan dana. — Gambar Hiasan

2. Kekurangan program dan acara sehinggakan destinasi pelancongan terjejas

Dengan pengurangan dana, program dan acara pelancongan seperti festival, pameran kebudayaan atau acara sukan sedikit sukar diadakan.

Acara-acara itu pastinya penting untuk menarik pelancong kerana ia memberi pengalaman unik dan memperkenalkan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia.

Kekurangan acara akan menyebabkan pelancong tiada tarikan untuk mengunjungi tempat-tempat tertentu, seterusnya menjejaskan ekonomi setempat yang bergantung kepada aktiviti pelancongan.

6091186288238641207

Selangor sedang memfokuskan pembangunan perkhidmatan pelancongan untuk merancakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa.

3. Aktiviti promosi dan pemasaran untuk menarik pelancong sukar dijalankan

Tanpa dana yang mencukupi, kempen promosi dan pemasaran di dalam dan luar negara tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Promosi merupakan elemen penting dalam memperkenalkan destinasi pelancongan kepada pelancong tempatan dan asing.

Jika aktiviti promosi tidak dijalankan secara konsisten atau meluas, destinasi pelancongan akan kurang mendapat pendedahan dan pengunjung mungkin tidak mengetahui tarikan yang ada.

Ini boleh mengakibatkan penurunan jumlah pelancong, seterusnya menjejaskan pendapatan daripada sektor pelancongan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram