Kepala air di Lahad Datu: 3 pendaki maut, 3 lagi masih hilang


  • 112
  • Isnin, 06 Mei 2024

Dua pendaki dilaporkan mengalami kecederaan selepas menyelamatkan diri daripada kawasan kepala air itu.

TIGA individu dilaporkan meninggal dunia sementara tiga yang lain masih hilang dalam tragedi kepala air ketika mendaki di Lembah Maksina, Lahad Datu, Sabah pada Ahad malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pada pukul 8.30 malam.

“Seramai 11 orang anggota pasukan bomba termasuk ketua balai bergegas menuju ke lokasi yang terletak sejauh 56 kilometer dari balai untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden kepala air Bidor: Keluarga 3 kanak-kanak hilang harap keajaiban, bomba terus operasi mencari

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi kepala air Bidor, 2 mayat budak mangsa terakhir ditemukan selang 10 minit

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa terdapat 17 orang peserta yang terlibat dalam aktiviti river trekking di Lembah Maksina,” katanya.

Menurut Sumsoa, tindakan awal bomba berjaya membawa bawa keluar sembilan peserta dalam keadaan selamat pada tepat 12 tengah malam.

Dua pendaki lain sempat menyelamatkan diri sendiri, namun mengalami kecederaan dengan masing-masing sedang diberikan rawatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

553

Pendaki lain sudah dibawa ke kawasan selamat oleh pihak bomba.

Dia turut memaklumkan operasi penyelamatan ditangguhkan pada pukul 1.40 akibat cuaca yang gelap dan keadaan tidak mengizinkan atas faktor-faktor keselamatan dan operasi akan disambung seawal pukul 6 pagi Isnin.

"Kami berjaya menyelamatkan sembilan individu, namun kemudiannya menemui tiga mayat di bawah longgokan kayu pada kira-kira pukul 1.40 pagi. Usaha untuk mendapatkan semula mayat masih dijalankan," katanya.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian masih belum diketahui dengan usaha mencari tiga pendaki lain masih diteruskan.

Sumsoa turut memaklumkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan negeri turut hadir dalam usaha mencari dan menyelamat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram