KADAR maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 pada tahun depan berbanding kadar sedia ada RM3,700.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun ini.
"Untuk 2025, kita akan memberi peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion.
BACA LAGI: Penjawat awam terima RM500 'duit raya' Aidilfitri mulai Jumaat
Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
"Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
"Sementara kategori bujang akan menerima STR RM600," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April 2025.
Ujarnya, peruntukan tersebut boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
"Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup.
"Lantaran itu, kerajaan mengambil langkah dan kebijakan ekonomi dengan meningkatkan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai tertinggi yang pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat," maklumnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram