Penyasaran subsidi petrol RON95 bakal dilaksana pertengahan tahun depan


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

KERAJAAN bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada pelaksanaan itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, kerajaan komited mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan.

BACA LAGI: Jualan diesel turun mendadak bukti subsidi diseleweng — Fuziah

BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang bayi tercampak masuk tempat bagasi, pesawat Air Europa terpaksa mendarat cemas di Brazil

"Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat.

"Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram