SEMUA penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 yang akan diagihkan bermula Jumaat ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak layak mendapat bantuan tersebut.
"Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri juga diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
"Saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya pada Isnin. — TheStar/MAZWIN NIK ANIS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram