Chegubard kemuka representasi gugur tuduhan fitnah rosakkan nama Agong


Chegubard sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah pada Sultan Johor. — The Star

CHEGUBARD atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, 45, akan mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan memuat naik kenyataan di Facebook sehingga boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali ketika sebutan kes dilaksanakan pada Jumaat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah memberitahu mahkamah pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen berkaitan kes tersebut kepada peguam dan ia disahkan oleh Muhammad Rafique.

BACA LAGI: [VIDEO] YouTuber selit duit, bantu borong jualan oren peniaga OKU di lereng bukit India mahu biaya ibu sakit

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan naik taraf fasiliti awam, tingkatkan kadar elaun suntik semangat OKU jalani hidup

JOHOR BAHARU, 29 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan kedua bagi Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Bukit Timbalan Johor Baharu di sini hari ini.--fotoBERNAMA(2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Mahkamah yang sebelum ini menetapkan 26 dan 27 November ini untuk mendengar kes itu kemudiannya menetapkan 6 Januari 2025 bagi sebutan kes.

Pada 11 Julai lalu, Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pegawai Pengawal Diraja, Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Januari lalu.

Pertuduhan juga didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram