Jualan diesel turun mendadak bukti subsidi diseleweng — Fuziah


  • Primer
  • Khamis, 27 Jun 2024

Penurunan jualan diesel menunjukkan bahawa berlakunya penyalahgunaan subsidi secara meluas. — Gambar hiasan/The Star

PENURUNAN drastik dalam jualan diesel menunjukkan subsidi bahan api itu disalahgunakan secara meluas, kata Fuziah Salleh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, terdapat perubahan ketara dalam corak penggunaan diesel di Malaysia sejak subsidi bersasar dilaksanakan pada 10 Jun lalu.

Fuziah berkata, jualan diesel telah merosot sebanyak 30 peratus yang bersamaan dengan pengurangan sebanyak 8 juta liter sehari.

BACA LAGI: Akur titah Sultan Selangor, MFL kurangkan denda, batal pemotongan 3 mata Gergasi Merah

BACA LAGI: Rumah Biru di Kampung Baru KL rupanya tak dirobohkan tapi kena pindah tempat lain

Screenshot (2294)

Fuziah berkata demikian susulan kemerosotan jualan diesel sebanyak 40 peratus. — The Star

Menurutnya, stesen minyak di sempadan Malaysia kebanyakannya mengalami kemerosotan sebanyak 40 peratus dalam jualan diesel.

"Sebaliknya, pembelian diesel komersial yang dijual pada harga pasaran telah meningkat sebanyak 4 juta liter sehari.

"Ini adalah petunjuk jelas bahawa penyeludupan ke negara jiran adalah isu utama," katanya menerusi hantaran Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa matlamat utama dasar rasionalisasi subsidi diesel adalah untuk menghapuskan pembaziran subsidi dan memastikan bahawa perbelanjaan yang dikurangkan memberi manfaat kepada golongan lebih memerlukan.

Anwar berkata, subsidi bersasar itu diunjurkan dapat menjimatkan beban kerajaan sekitar RM4 bilion setahun sekali gus mengukuhkan sistem kewangan negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram