'Surat pekeliling itu bukannya rahsia,' Maszlee Malik nafi bocor ‘memo sulit' UKM


  • Massa
  • Jumaat, 18 Okt 2024

UKM sentiasa konsisten dalam menggalakkan warganya untuk bersuara berteraskan kepada tradisi ilmu dan peranannya sebagai Universiti Watan.

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menghalang kebebasan bersuara mana-mana kakitangannya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis.

Dalam kenyataan pada Jumaat, UKM sebaliknya meraikan perbezaan pendapat yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Menurutnya, etika dan kematangan mengemukakan pandangan dan hujah harus diamalkan melalui tatacara berkomunikasi yang baik, menegur dan mengkritik secara berhemah, dengan setiap pandangan perlu disokong bersama fakta serta lingkungan disiplin keilmuan dan kepakaran.

BACA LAGI: Ikut 'morning walk' Kuching City, bekas pemain kebangsaan sedih lihat nasib Danish

BACA LAGI: Selain Fydriszewski, 3 bekas anak didik Hector Bidalgio boleh tarik minat JDT

"Sebagai institusi yang menyanjung tinggi intelektual awam, UKM sentiasa konsisten dalam menggalakkan warganya untuk bersuara berteraskan kepada tradisi ilmu dan peranannya sebagai Universiti Watan.

"Kenyataan awam yang berbentuk konstruktif amat digalakkan sebagai wadah ilmu dan disiplin keilmuan yang menjadi pemangkin perbincangan ilmiah dalam kalangan warga UKM," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Difahamkan kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab kebocoran memo mengenai kebebasan bersuara kakitangan UKM termasuk ahli akademik.

Menurut laporan sebuah portal berita pada Khamis, memo dalaman daripada Jabatan Pendaftar UKM itu didakwa dibocorkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menerusi ciapan di laman X (Twitter) miliknya.

Maszlee pada Jumaat bagaimanapun menafikan dakwaan mengatakan bahawa beliau yang telah membocorkan memo berkenaan.

Sebaliknya, tegas ahli jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, surat pekeliling tersebut bukan satu perkara yang sulit.

“Surat pekeliling itu bukannya sulit atau rahsia. Semua pihak di UKM terima. Mana timbul pula bocornya?” soal Maszlee dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, ciapan mengenai pekeliling adalah berkaitan aduan rakan akademik yang menyentuh bagaimana Akta 605 digunakan terhadap ahli akademik dari membuat apa-apa kenyataan berhubung kerajaan dan keputusan-keputusan kerajaan dan bukan larangan memburukkan kerajaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram