Selain Fydriszewski, 3 bekas anak didik Hector Bidalgio boleh tarik minat JDT


  • Podium
  • Rabu, 26 Jun 2024

Bidalgio pernah mengendalikan kelab utama Liga Argentina, Newell's Old Boys pada 2018 hingga 2019. — Agensi

SEJAK beberapa hari kebelakangan ini, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan khabar angin seorang pemain Barcelona SC, Francisco Fydriszewski dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super.

Namun perkara itu dinafikan oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ), Pemangku Sultan Johor menerusi satu kenyataan di ruang komen Instagram.

Sebelum ini seorang wartawan Eropah, Joaquin Saavedra melaporkan bahawa khidmat penyerang sensasi itu ditagih JDT.

BACA LAGI: Dipertikai guna Bunga Matahari, Puaka Jerai perjelas maksud sebenar maskot Kedah

BACA LAGI: Ia satu kelebihan buat pasukan yang akan lawan JDT — Irfan Bakti

Pemain yang bernilai sekitar RM6.6 juta itu telah menerima banyak tawaran termasuklah salah satunya daripada skuad Harimau Selatan.

Untuk rekod, Fydriszewski pernah berada dibawah bimbingan pegendali JDT, Hector Bidoglio semasa jurulatih itu memegang kelab Argentina, CA Newell's Old Boys pada 2018 sehingga 2019.

Walaupun TMJ sudah menafikan kehadiran Fydriszewski menyertai JDT, Majoriti senaraikan tiga bekas pemain anak didik Bidoglio yang boleh menarik minat Harimau Selatan:

1. Ronie Carrillo

Penyerang kelab Portugal, Portimonense SC, Ronie Carrillo pastinya boleh menjadi salah seorang pemain yang menarik minat JDT pada jendela perpindahan kedua nanti.

Dalam 25 perlawanan, Carrillo berjaya menjaringkan empat gol dan hanya tampil sebanyak 38 peratus (%) sepanjang beraksi bersama Portimonense.

Carrillo pernah bersama Bidoglio pada 2021 ketika mewakili kelab SD Aucas sebelum berhijrah ke pasukan seterus iaitu LDU Potoviejo pada tahun yang sama.

Sepanjang kariernya sebagai penyerang, Carrilo telah mewakili lebih 10 pasukan dan kini berkelana ke Eropah untuk mencuba cabaran baharu.

2. Francisco Gonzalez

Francisco Gonzalez bermula di akademi CA Newell's Old Boys dan sempat menjadi sebahagian daripada skuad yang pernah dibimbing Bidoglio pada 2018 sehingga 2019.

Musim ini, pemain sayap kanan itu tidak menjaringkan sebarang gol, tetapi dia sudah pun tampil dalam lima perlawanan bersama CA Newell's Old Boys.

Kehadiran Gonzalez mampu memberikan saingan kepada Arif Aiman Hanapi yang dilihat semakin selesa di posisi sayap kanan.

Selain itu, Gonzalez turut pernah mewakilli skuad muda Argentia di dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2024 dan beberapa aksi persahabatan.

3. Alexis Rodriguez

Alexis Rodriguez antara pemain yang sering diletakkan oleh Bidalgio dalam kesebelasan utama semasa mengendalikan CA Newell's Old Boys pada 2018.

Kini Rodriguez sudahpun melebarkan sayapnya di bumi Eropah dengan menyertai pasukan Ararat-Armenia daripada liga utama negara itu.

Dalam 13 perlawanan, Rodriguez telah menjaringkan empat gol dan satu assist meskipun baru menyertai pasukan itu musim ini.

Selain boleh beraksi di posisi penyerang, Rodriguez turut boleh bermain di sebelah sayap kiri jika Bidalgio mahu menggunakan alternatif lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram