Jangan terpedaya janji manis lelaki bukan Qawwam, rendahkan maruah wanita petanda dia bukan terbaik


  • Mukmin
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Lelaki Qawwam tidak akan mudah merendahkan maruah wanita sama ada mereka seorang dara, janda, balu atau dalam apa jua status.

KALAU kita lihat kebelakangan ini, isu rumah tangga dan perceraian terutamanya dalam kalangan artis mahupun selebriti di Malaysia sangat heboh diperkatakan oleh netizen.

Susulan itu, banyak media memuat naik pelbagai hantaran berkenaan isu sensasi itu bahkan dilihat ada juga yang menjadikan perceraian artis sebagai bahan lawak.

Namun, jika anda berjumpa dengan lelaki yang berkongsi status seperti ini, sebaiknya larilah sejauh mungkin, kongsi Zirwah Al Idrus salah seorang pengguna media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nak roommate macam ni, kadang nak disiplin diri sendiri payah', ramai harap ada circle macam 'Ustaz Amri'

BACA LAGI: [VIDEO] Perkongsian Nora Danish-Neelofa penting cari reda ALLAH dalam perkahwinan, pakar motivasi nasihat penting pilih pasangan bertanggungjawab bukan semata cinta

Zirwah Al Idrus bertindak membidas satu hantaran berkenaan senarai artis terkini untuk dihalalkan yang dipercayai di muat naik oleh media terkenal.

Baginya, hantaran yang dimuat naik oleh individu itu pada pandangannya adalah petanda awal bahawa lelaki tersebut bukan seorang lelaki Qawwam.

Kongsinya, lelaki Qawwam tidak akan mudah merendahkan maruah wanita sama ada mereka seorang dara, janda, balu atau dalam apa jua status.

"Lelaki Qawwam berusaha untuk melindungi wanita dalam masyarakat dan dia akan menjaga wanita di sekelilingnya seperti mana dia melindungi adik-beradik, isteri dan ibunya.

"Firman ALLAH tentang lelaki Qawwam bukan hanya berkaitan dengan fungsi mereka sebagai suami, tetapi juga merangkumi peranan mereka dalam masyarakat.

"Dalam surah an-Nisa' 4:34, ALLAH berfirman:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمْۚ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana ALLAH melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan sebahagian dari harta mereka," kongsinya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, dia berkongsi ciri lelaki Qawwam tidak akan merendahkan maruah wanita dengan memanggil mereka dengan nama-nama jelik.

"Mereka akan mempertahankan wanita dari dibuli, dihina dan diejek dengan segala kudrat yang ada seperti kisah Yahudi Bani Qainuqa' yang diperangi kerana menghina pakaian Muslimah.

"Islam mengajar kita bahawa maruah wanita adalah tanpa mengira status sosial dan sangat penting menjadi ukuran Qawwam lelaki.

"Lelaki Qawwam juga tidak akan membiarkan wanita berhempas-pulas mencari nafkah terutama jika mereka balu, janda atau adik sendiri.

"Dalam banyak budaya, termasuk Arab adalah aib jika seorang wanita mencari nafkah sedangkan ada lelaki dalam keluarganya.

"Sayyidina Umar adalah contoh lelaki Qawwam yang sangat memperhatikan keperluan wanita, terutamanya para balu dan janda dengan anak kecil.

2969080

Memilih lelaki Qawwan adalah penting kerana mereka tahu menjadi pemimpin seperti yang diajarkan dalam Islam.

"Sejarah Islam menunjukkan betapa generasi lelaki awal menjaga kebajikan wanita, bukan untuk kepentingan diri.

"Contohnya di Jordan, lelaki tidak segan untuk membantu wanita dan menawarkan tempat duduk di bas dan mengangkat barang berat.

"Jika diucapkan terima kasih, mereka sering berkata, "La Syukur Alal Wajib!" yang bermaksud jangan berterima kasih atas kewajipan kami.

"Namun, kini kita melihat krisis lelaki Qawwam di kalangan umat Islam terutamanya di Malaysia masih menjadikan wanita sebagai objek nafsu dan hiburan?

"Apakah status wanita begitu rendah walaupun mereka seorang artis? Wanita muslimah pun sering menjadi mangsa gangguan lelaki yang kehilangan pegangan iman.

"Kita perlu melatih anak-anak lelaki kita untuk menjadi Qawwam bukan hanya kepada keluarga tetapi kepada semua wanita.

"Berhentilah menormalisasikan lawak double meaning yang merendahkan maruah wanita terutama wanita Islam," jelasnya.

Tegasnya, budayaa seperti lawak lucah mengenai janda atau balu harus dihentikan kerana mereka adalah wanita yang dimuliakan dalam agama jika mereka taat kepada ALLAH.

Zirwah Al Idrus turut berkongsi kriteria lelaki yang benar-benar maskulin akan melakukan empat tugas berikut kepada wanita:

1.Menjaga dan melindungi maruah wanita (Hifz)

2.Mempertahankan maruah wanita. (Difa')

3.Menunaikan keperluan wanita. (Qiamul Iktisab)

4.Menghasilkan harta. (Intajul mal) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram