MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang memantau cerun berisiko tinggi di kawasan perbandaran itu susulan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Selangor pada Selasa.
Jurucakap MPAJ berkata, pihaknya mempertingkatkan pengawasan di lokasi terbabit termasuk di Taman Bukit Permai, Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.