Mek Yun 'pulang ke sarang', terharu nama bapa diabadikan kerana jasa selama 41 tahun dalam ATM


  • 112
  • Khamis, 17 Okt 2024

Sebagai seorang pempengaruh, Mek Yun (kanan) bukan sahaja membawa kreativiti dan hiburan kepada pengikutnya, tetapi juga warisan ketenteraan yang berprestij melalui legasi ayahnya, Han Siew.

NAMA pempengaruh terkenal Mek Yun yang semakin popular di platform TikTok dan Instagram, terus mencuri perhatian warga maya dengan kandungan kreatifnya.

Di sebalik popularitinya, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee juga mempunyai latar belakang yang kuat dalam dunia ketenteraan, iaitu sebagai anak kepada bekas Panglima Artileri Roket, Brig Jeneral Datuk Wee Han Siew.

Melalui perkongsian gadis berasal dari Kelantan itu, bapanya pernah berkhidmat sebagai Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah di Kem Pengkalan Chepa, Kelantan.

BACA LAGI: 'Hanya terbayang wajah keluarga tersayang', Hasli trauma imbau tragedi helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah

BACA LAGI: 'Hanya terbayang wajah keluarga tersayang', Hasli trauma imbau tragedi helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah

27747355_1986826194679619_279274076048738534_o

Bekas Panglima Artileri Roket, Brig Jeneral Datuk Wee Han Siew bersara pada 2018.

Bukan itu sahaja, ayah kepada wanita berusia 27 tahun itu juga merupakan figura penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pencapaian cemerlang sepanjang kariernya.

Sebagai anak kepada tokoh ketenteraan yang berkaliber, Mek Yun membawa pengaruh ketenteraan ini ke dunia digital, sekali gus memberikan perspektif unik kepada pengikutnya.

Terbaharu, Mek Yun memuat naik satu video apabila dia kembali melawat Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Johor di mana bapanya pernah berkhidmat sebagai salah seorang pegawai pemerintah di kem tersebut.

Menerusi video tersebut, ikon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu turut menunjukkan sebuah jalan yang dinamakan bersempena nama bapanya.

Untuk rekod, Han Siew bersara pada 23 Jan 2018 di mana satu majlis khas telah diadakan di Kem Mahkota dekat Kluang, Johor.

Dalam ucapannya ketika itu, beliau berpesan kepada pegawai dan anggota LLP 61 RAD agar mengekalkan semangat kerjasama berpasukan yang merupakan elemen penting dalam melaksanakan tugas harian dan sentiasa menitikberatkan aspek latihan dalam menilai tahap kesiagaan pasukan serta tahap pengetahuan dan kepakaran individu.

Han Siew telah berkhidmat selama 41 tahun dalam ATM dan telah menyumbang banyak jasa sepanjang perkhidmatannya.

Sebagai seorang pempengaruh, Mek Yun bukan sahaja membawa kreativiti dan hiburan kepada pengikutnya, tetapi juga warisan ketenteraan melalui legasi bapanya.

Kehadiran Mek Yun di platform digital memberikan penghormatan kepada nilai-nilai ketenteraan yang mendalam, sambil membuktikan bahawa pengaruh keluarga dan disiplin boleh melangkaui generasi dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dalam dunia moden masa kini.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram