TINDAKAN pemain e-sport, Kenneth Sablande Barro menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika ditemu bual seorang pengacara wanita pada Liga Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Professional League Malaysia (MPL) untuk Musim ke-14 baru-baru ini mengundang kecaman warga maya.
Manakan tidak, melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Alyamieyra, pemain muda berasal dari Filipina itu telah menggunakan perkataan 'bongok' selepas ditanya sama ada dia merindui kekasih hatinya.
"Tak ada girlfriend (kekasih) la bongok," katanya dengan spontan.
BACA LAGI : Bentong Kali penjenayah paling kejam, pernah tembak orang sebab ditegur buang air kecil
Terkejut dengan jawapannya itu, beberapa rakannya terus menarik Kenneth sambil ketawa.
Walaupun perbuatan pemuda muda yang lebih dikenali sebagai Nets itu dilihat lucu dan dia sempat meminta maaf, namun segelintir warga maya menganggap ia sebagai tindakan yang kurang sopan.
Apatah lagi perkataan tersebut sebenarnya lebih kepada merujuk perkataan kurang cerdik.
Pada masa sama, seorang warga maya, Muhd Haiqal Azani mendakwa Nets tidak bersalah dan berkemungkinan diajar menggunakan perkataan tersebut daripada rakan sepasukannya yang juga pemain e-sport negara.
"Jangan kecam dia, patut kecam kawan yang ajar. Dia orang Filipina, baru belajar Bahasa Melayu.
"Jika orang Malaysia ajar yang tidak baik, tak baik la jadinya. Kesimpulan, kecam kawan-kawan dia.
"Dia (Nets) kalau bercakap dengan wartawan Filipina, dia tak akan nak cakap benda yang tak elok," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Man Mazlan pula mendakwa penggunaan bahasa yang kurang sopan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pemain dalam dunia permainan video.
"Typical budak gamer. Mulut terbiasa caci maki dalam game dan itu (salah satu) keburukan game," tulisnya.
Untuk rekod, Nets menyertai pasukan Vamos bersama barisan pemain yang lain iaitu Muhd Nazhan Mohd Nor (Chibi), selain Mohd Zulhisyam Mohd Nor (Xorn), Rizky Agustian (Warlord), Aeliff Adam Md Ariff (Smooth). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram