PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejuaraan Super 750 kali ini selepas mengalami kecederaan buku lali.
"Selepas tiba di Odense pada Ahad, harapan dan perancangan untuk melihat kelibat Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark 2024 masih menyala, biarpun mengalami kecederaan buku lali semasa aksi suku akhir Terbuka Artik.
"Zii Jia turun ke gelanggang Isnin tetapi ketidakselesaan di bahagian buku lali menghalangnya untuk menampilkan permainan berkualiti.
BACA LAGI : Lee Zii Jia dedah punca pulang awal dari Terbuka Jepun
BACA LAGI : Muhammad Hafizuddeain rakyat Malaysia ke-3, dimasyhurkan ahli IHOF USAGCSC
"Selepas mengambil segala pertimbangan yang wajar, dengan segala berat hati Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark edisi tahun ini," kata pihak Team LZJ memetik laporan The Star.
Edisi 2023, Zii Jia tewas straight set kepada pemain China, Weng Hongyang, 12-21, 6-21.
Sebelum ini, pemain nombor empat dunia itu dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto di Arena Fyn (Jyske Bank Arena), Odense.
Di Terbuka Artik, Vantaa, Finland, Zii Jia terpaksa melepaskan status juara selepas terkandas pada suku akhir di Energia Areena, Vantaa, apabila tewas, 15-21, 21-13, 12-21 kepada jagoan Jepun, Koki Watanabe dalam masa 66 minit.
Sebagai rekod, kekalahan itu adalah yang ketiga buat pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu kepada Watanabe dengan sebelum ini kecundang di pusingan Terbuka China dan separuh akhir Terbuka Switzerland tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram