[VIDEO] Misteri hilang 5 bulan terjawab, pelajar fakulti perhutanan Indonesia ditemukan cuma tinggal rangka dalam hutan


  • Benua
  • Isnin, 14 Okt 2024

Warga kampung Desa Sei Ahas dekat Kalimantan, Indonesia pada Sabtu digegarkan penemuan penemuan rangka mayat manusia seorang lelaki.

WARGA kampung Desa Sei Ahas dekat Kalimantan, Indonesia pada Sabtu digegarkan penemuan rangka mayat manusia seorang lelaki.

Difahamkan, rangka tersebut milik pelajar Fakulti Perhutanan Universiti Lambung Mangkurat (ULM), Aditya Dharma Santoso yang dilaporkan hilang sejak lima bulan lalu.

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa yang berusia 21 tahun dilaporkan hilang pada Mei lalu selepas melakukan aktiviti pemetaan di kawasan hutan tersebut.

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri

Mangsa bersama rakannya yang 15 diarahkan pihak universiti untuk melakukan proses pemetaan sebelum Adit terpisah daripada rakan-rakanya yang lain.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan selama 10 hari pada ketika itu dihentikan selepas pihak berkuasa tidak menemui sebarang petunjuk.

Polis percaya mayat tersebut merupakan Aditya berdasarkan baju dan seluar terakhir yang digunakan mangsa.

Mangsa yang dijumpai warga kampung itu telah diserahkan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Mantangai, Untung Basuki masih belum dapat memberikan maklumat kerana masih berada di lokasi kejadian.

"Kita masih lagi melakukan siasatan lanjut dan punca mangsa meninggal dunia belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

"Kami juga masih menunggu laporan bedah siasat mangsa," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram