[VIDEO] Struktur bumbung stesen minyak di Kinabatangan runtuh, 6 kereta termasuk Proton X70 kena hempap


  • Tular
  • Isnin, 14 Okt 2024

Struktur bumbung yang runtuh menghempap enam kenderaan yang berada di kawasan stesen minyak tersebut.

STRUKTUR bumbung sebuah stesen minyak di Batu 8, Bukit Garam dekat Kinabatangan, Sabah runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang, kira-kira pukul 4.30 petang Isnin.

Struktur tersebut telah menghempap enam kenderaan yang berada di kawasan stesen minyak tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jalalludin berkata, kesemua enam kenderaan yang rosak termasuk jenis Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Exora, Proton X70, Toyota Vigo dan Isuzu D-Max.

BACA LAGI: Rasa kejang perut, letih melampau boleh jadi antara 6 tanda awal hidap kanser usus besar

BACA LAGI: Asyik terbayang nasi lemak? Amal 3 teknik perubahan tingkah laku jika mahu usaha urus berat badan

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.47 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa terlibat atau dilaporkan cedera dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu.

"Seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer dari BBP Kinabatangan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Nurul Azlan Shah memaklumkan, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengalihkan runtuhan siling tersebut ke tempat selamat.

Jelasnya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 6.59 petang selepas memastikan keadaan lokasi selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram