[VIDEO] Lagi kemalangan treler terbabas, 6 kenderaan kena sapu dekat lampu isyarat Yong Peng


  • Tular
  • Isnin, 14 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan lori treler terbabit yang membawa muatan berat merempuh sebuah kereta bersama motosikal dinaiki dua penunggang di persimpangan lampu isyarat di Yong Peng.

DUA penunggang motosikal bersilish maut selepas motosikal dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori treler yang gagal untuk berhenti dan terbabas di persimpangan lampu isyarat Sri Medan dekat Yong Peng, Johor.

Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku sekitar pukul 3.48 petang Ahad dengan video diambil daripada rakaman papan pemuka kenderaan di lokasi turut tular di media sosial.

Berdasarkan klip tersebut, beberapa buah kereta bersama empat penunggang motosikal dilihat sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat tersebut.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

6082390787921919368

Dua penunggang motosikal (bulatan kecil) yang terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler terbabas di Yong Peng pada Ahad.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, sebuah lori treler membawa muatan berat didapati tiba-tiba meluru dari arah belakang lorong berkenaan dipercayai kerana mengalami kegagalan brek.

Akibat daripada situasi tersebut, treler berkenaan dilihat merempuh sebuah kereta bersama dua motosikal yang sedang menunggu di hadapan persimpangan berkenaan.

Namun, kedua-dua penunggang tersebut dilihat bernasib baik kerana mereka sempat mengelak daripada membiarkan tubuh dirempuh oleh kenderaan berat tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, masalah brek dipercayai punca treler sarat muatan bata berkenaan merempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat itu.

Dalam kejadian tersebut, treler dipandu lelaki berusia 46 tahun merempuh empat kereta serta dua motosikal yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila lori terbabit dari Parit Sulong dalam perjalanan ke Johor Bahru.

"Sebaik tiba di lokasi dengan jalannya menuruni bukit, pemandunya mendapati treler itu mengalami masalah brek sebelum merempuh kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit.

“Rempuhan juga menyebabkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler terbabit bebas daripada pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shahrulanuar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kemalangan.

"Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," maklumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram