Asyik terbayang nasi lemak? Amal 3 teknik perubahan tingkah laku jika mahu usaha urus berat badan


  • Sihat
  • Isnin, 07 Okt 2024

Bersenam merupakan salah satu perkara yang bagus untuk menurunkan berat badan.

MUNGKIN sukar untuk menghentikan tabiat pemakanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.

Tabiat yang tidak baik untuk tubuh badan itu meresap ke dalam hidup kita melalui pengulangan yang berterusan.

Tambahan lagi, rangsangan kepada saraf-saraf nikmat dalam otak akan mewujudkan ketagihan yang mendorong kita untuk mengulangi keinginan sama.

Sebagai contoh, memikirkan tentang betapa lazatnya hidangan nasi lemak.

BACA LAGI: Tubuh pendaki solo wanita Malaysia terasa 'shut down', sesak nafas sebelum tawan puncak Everest Base Camp

BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental

Photo 5

Sokongan sosial penting dalam pengurusan berat badan.

Beberapa kajian yang diterbitkan oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Herbalife menekankan betapa pentingnya sokongan sosial dalam pengurusan berat badan.

Kajian-kajian yang dijalankan itu meliputi tempoh masa berbeza dengan melibatkan pelbagai kumpulan.

Bagaimanapun, semuanya menunjukkan bahawa dari segi pengurusan berat, kombinasi antara dua pendekatan berikut dijangka berkesan untuk menggantikan tabiat buruk dengan amalan yang lebih sihat.

Dua pendekatan yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku yang diperkukuh dengan sokongan sosial.

Memandangkan lebih separuh rakyat Malaysia kini diklasifikasikan sebagai mengalami obesiti, menggunakan strategi mengubah tingkah laku sambil mendapatkan sokongan sosial bukan sahaja berkesan tetapi amat penting untuk menangani isu kesihatan negara.

Hakikatnya, tabiat merujuk kepada corak tingkah laku. Dengan berusaha mengatasi kelakuan yang berulang ini, anda berusaha mengatasi tabiat buruk tersebut.

Photo 4

Mementingkan tabiat hidup yang sihat penting bagi menurunkan berat badan.

Kajian saintifik menekankan tiga teknik perubahan tingkah laku khusus yang berkesan dalam usaha menguruskan berat badan:

1. Pemantauan diri

Ia bukan soal ketepatan, tetapi lebih kepada kesedaran mengenai apa yang kita makan dan berapa banyak kita bersenam.

Penyelidikan telah berulang kali menunjukkan bahawa pemantauan kendiri dikaitkan dengan hasil rawatan yang lebih baik.

Pesakit juga melaporkan ia merupakan salah satu alat yang paling berguna dalam pengurusan berat badan.

2. Kawalan rangsangan

Mengenal pasti dan mengubah isyarat yang berkaitan dengan makan berlebihan dan tidak aktif dapat membantu mengekalkan tabiat yang sihat.

Mengawal isyarat yang menyebabkan makan berlebihan atau gaya hidup tidak aktif boleh membantu mengekalkan berat badan dalam jangka panjang kerana pendedahan kepada pencetus itu boleh menyebabkan kenaikan berat badan semula.

3. Pengurusan tekanan

Tekanan atau stres ialah faktor pencetus utama seseorang makan secara berlebihan.

Antara teknik mengurangkan tekanan yang terbukti berkesan termasuk menarik nafas yang panjang, meregangkan otot dan bertafakur.

Kaedah tersebut boleh mengurangkan gangguan daripada peristiwa yang menimbulkan tekanan, boleh merencatkan penerimaan dan pelaksanaan berterusan tingkah laku baharu.

Sokongan sosial juga banyak membantu apabila kita cuba mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia.

Kita sememangnya tahu tabiat yang baik memang sukar diamalkan.

Justeru, individu di sekeliling anda yang sedia memberikan sokongan, bimbingan dan galakan boleh memainkan peranan penting untuk membantu.

Di samping itu, kajian bebas lain menunjukkan bahawa sokongan sosial yang lebih kukuh dikaitkan dengan tahap kejayaan lebih tinggi dalam usaha mengurangkan dan mengekalkan kehilangan berat badan.

Photo 2

Bersenam penting untuk kekal cergas.

Satu penemuan penting yang didapati ialah kumpulan penyokong ini tidak semestinya memberi tumpuan kepada pengurusan berat badan.

Sokongan rakan-rakan seperjuangan boleh membantu seseorang untuk menerima keadaan diri dan cara baharu untuk menangani situasi yang menimbulkan tekanan seterusnya membantu dalam proses pengurusan berat.

Perlu diingat bahawa pada masa kini, sokongan sosial boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan cara.

Mungkin anda boleh bersenam dengan rakan, menyertai Kelab Pemakanan Herbalife berhampiran anda, berhubung menerusi e-mel secara mingguan dengan mendapatkan maklum balas dan ilmu terkhusus atau membuat hantaran berkala di media sosial.

Maklum balas positif yang diterima bagi setiap hantaran dan perkongsian maklumat dengan komuniti dalam talian boleh memberikan sokongan sosial untuk meningkatkan pengurangan berat badan.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini, penemuan awal agak menggalakkan.

Tidak kira apa dorongan anda untuk meningkatkan kecergasan, memulakan perjalanan menguruskan berat badan biarpun berliku tetapi akan membawa pelbagai manfaat.

Antaranya seperti keadaan fizikal lebih cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti bersama orang-orang tersayang.

Selain itu, kesihatan keseluruhan juga lebih baik dan dapat berada dalam lingkungan bersama insan yang mempunyai matlamat yang sama.

Sebab itulah, langkah penting itu harus diambil dengan penuh disiplin, disokong oleh aktiviti yang menyeronokkan dan peranti yang boleh membantu anda mengubah tingkah laku.

Perlu diingati, tiada usaha yang terlalu kecil atau yang patut dipandang remeh dalam perjuangan mengurangkan berat badan. — Majoriti

David Heber ialah Pengerusi, Lembaga Penasihat Saintifik & Perubatan, Keselamatan Pengguna Global, Herbalife

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram